August 18th, 2015

Belum lagi reda dengan isu beliau memuat naik foto “coffee art” yang menyerupai seekor babi,nama Elfira Loy mula hangat kembali apabila beliau telah dikritik mengenakan pakaian seperti rahib di gereja pada acara Kuala Lumpur Fashion Week 2015 baru-baru ini.

Berikutan perkara tersebut,  Elfira telah dikritik oleh peminat beliau di Instagram dan rata-rata menasihatkan beliau agar lebih peka denga cara pemakaian beliau agar ia tidak mengundang sebarang fitnah.

Namun, ada juga yang berpendapat cara pemakaian beliau itu tidak sama dengan rahib di gereja. Malah, Elfira juga telah menutup aurat beliau dengan baik.

Nampaknya acara KLFW 2015 kali ini banyak menimbulkan kontroversi di kalangan artis melalui fesyen yang  mereka gayakan pada acara tersebut. Macam-macam gaya kita boleh lihat daripada yang seksi sehinggalah yang agak pelik.

Apa pendapat anda? Sama ke pakaian Elfira Loy dengan rahib di gereja?


Comments are closed.

Loading...