January 3rd, 2012

Malam tadi telefilem Biar Mimpi Sampai ke Bintang telah ditayangkan semula di Astro Ria. Telefilem ini menampilkan pelakon sinetron ngetop Indonesia Randy Pangalila dan aktres remaja Elfira Loy. Apa yang menarik, ramai yang berpendapat Elfira berupaya membawakan watak sebagai seorang gadis anak penjual ayam dengan berkesan sekali, baik untuk babak gembira mahupun sedih. Dia juga telah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin yang lepas. Mungkin anda tertanya sama ada gadis ini mencontohi lakonan sesiapa? Harian Metro melaporkan yang Elfira menyatakan dia hanya menjadi diri sendiri:-
Photobucket

Jujur saya katakan, ia memang agak sukar untuk diri ini kerana tiada pengalaman bercinta. Saya tidak tahu macam mana perasaannya (bercinta) hingga terfikir perlu menonton lakonan pelakon lain. Apa pun, tak adil juga untuk buat begitu.

Ini kerana, jika saya menonton lakonan mereka (pelakon lain) sudah pastilah akan terikut dengan cara yang dilakukan. Jadi, mana keaslian dalam diri saya? Oleh itu, saya fikir ada baiknya berlakon dengan cara sendiri kerana lebih selesa.

Bahkan, saya juga berbincang dengan penulis skrip apa sepatutnya dilakukan. Mujur, dia (penulis skrip) pun mengesyorkan perkara sama iaitu saya jadi diri sendiri kerana watak diilhamkan itu berdasarkan karakter saya sendiri.

Bahkan Elfira menyatakan Randy ialah seorang yang menyenangkan:-

Saya senang sepanjang bekerja dengannya walaupun kami perlu melakonkan babak pasangan kekasih. Tak dinafikan, geli juga saya dibuatnya tetapi inilah cabaran yang harus disahut. Michael (pengarah) sudah memberikan peluang yang besar kepada saya.

Photobucket

Jadi, buat apa saya mensia-siakannya. Apatah lagi, Michael sudah membawa saya keluar daripada kepompong lama. Kini, saya harus buktikan kemampuan diri.

Buat pengetahuan anda, Elfira juga telah berlakon dalam sebuah filem Jepun, Second Chance yang ditayangkan September lepas. Gadis berbintang Pisces ini juga kini sudah mempu membeli barangan berjenama dan sering membeli kasut di Yves Saint Laurent dan Versace: satu pencapaian yang hebat untuk seorang aktres remaja. Begitu pun kami berharap Elfira akan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas ini, kerana ilmu akan boleh memperkembangkan lagi kemampuannya sebagai seorang aktres. Kredit gambar majalah EH!


29 responses to “Elfira Loy Berlakon Dengan Cara Sendiri”

  1. Cik Ram says:

    She’s remind me of Brooke Shield masa umo 14thn..

  2. Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    huh so so la ..

  3. Suri says:

    Kening dia tu la yg buat dia nmpk special…klu x sepses je kening lukis halus…td tgk kat WHI..mcm baik je tp spoil la Ada memek lak kat tepi dia hehe

Loading...