Elfira Loy Berhabis RM10,000 Untuk Barang Make Up Hanya Dalam Masa Sejam

Hiburan

Elfira Loy Berhabis RM10,000 Untuk Barang Make Up Hanya Dalam Masa Sejam

Obsesi Elfira Loy terhadap alat solekan telah membuatkan beliau berbelanja RM10,000 hanya dalam masa sejam sahaja di Sephora Los Angeles ketika menghadiri sebuah acara di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Advertisement

Elfira sebenarnya tidak sangka boleh membeli begitu banyak alat solekan namun terpaksa membayarnya kerana barang-barang tersebut sudah berada di kaunter bayaran.

Saya pergi ke Los Angeles untuk satu event tapi sempat masuk ke Sephora dan apa yang saya nak buat pergi sana, nak beli macam-macam. Ada banyak yang saya habiskan dalam masa satu jam untuk beli barang. Saya belanja hampir RM10,000 di Sephora. Tak tahu lah kenapa boleh jadi macam mana. Tapi dah sampai ke kaunter, tak boleh patah balik. Kita terima saja la.

 

Perkongsian Elfira itu menerusi lama YouTube beliau, Twinkel TV mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menganggap Elfira agak boros dan ada pula berkata apa salahnya untuk beliau berbelanja setelah berusaha keras selama ini.

Tidak pelik sebenarnya bila Elfira boleh berhabis sehingga RM10,000. Iyalah, kebanyakkan alat solek sekarang memang mahal apatah lagi kalau beli di luar negara.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...