Berita pemergian beberapa orang rakan selebriti sejak kebelakangan ini memberi kesan yang begitu dalam bukan sahaja kepada orang ramai tetapi buat rakan-rakan artis yang lain termasuklah juga Elfira Loy.
Elfira meluahkan perasaan bahawa dia turut terbayang andai dirinya berada di tempat balu arwah Ashraf Sinclair iaitu Bunga Citra Lestari, bagaimana jika perkara yang sama berlaku kepadanya. Dia belum bersedia untuk menghadapi ujian seperti yang dilalui oleh BCL.
Selepas kematian Ashraf, saya selalu memikirkan ujian yang dihadapi BCL, saya fikir macam mana jika saya yang harus lalui perkara itu. Setakat ini, dalam kehidupan saya, semua orang tersayang masih ada, jadi saya belum rasa kedukaan berhadapan kematian insan yang dekat dengan saya.
Saya doakan yang terbaik untuk BCL, saya juga harap agar perkara itu tidak berlaku kepada saya sekarang kerana belum sedia untuk menghadapinya.
Semua orang akan diuji Tuhan dan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang sememangnya tidak mudah dan membuatkan jiwa rapuh. Namun, semua orang akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini dan itulah hakikat kehidupan. Sesakit mana pun jiwa, kita harus belajar untuk bertahan dan menjadi lebih matang.