Pasangan merpati dua sejoli, Elfira Loy dan Faris K Anuar yang mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu dikatakan sudah sepakat untuk memilih tarikh 1 Januari 2019 bagi majlis pernikahan mereka.
Menerusi satu sumber kepada Astro Gempak, kad jemputan sudah pun diedarkan kepada ahli keluarga terdekat serta sahabat kedua-dua belah pihak.
Malah, Elfira sebelum berangkat ke Australia ada memuat naik status yang beliau akan berkongsi segalanya selepas kembali ke Malaysia nanti.
Jika berita ini benar, kami doakan segala perancangan berhubung dengan persiapan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar dan juga dipermudahkan olehNya. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Tijah
December 23, 2018 at 3:45 pm
Hensemnya Faris tu uolsss. I taste sangat taw. Untung El tu.
ElfiraSendu
December 19, 2018 at 1:52 pm
Aduuu takde org lain ke?
die bukan artis. dia manusia senduuu..