August 30th, 2017

Usia perhubungan mereka masih baru tetapi pasangan pelakon dan model Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi dilihat amat mesra seolah-olah telah lama mengenali keduanya.

Perhubungan mereka hanya bermula pada bulan Mac tahun ini namun ia tidak menghalang mereka berdua membuat keputusan untuk mengambil langkah seterusnya dalam perhubungan mereka.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


BH Online melaporkan, pasangan ini bakal mengambil langkah terbaru untuk meningkatkan martabat perhubungan mereka dengan mengikat tali pertunangan pada bulan Oktober ini.


Elfira memberitahu:

Insya-Allah kami akan bertunang Oktober ini, …cuma tarikhnya belum ada.

Ayah kami akan berbincang mengenai tarikh yang sesuai.

Berdebar juga rasanya sebab tidak pernah melalui situasi seperti ini.

Sebelum ini, ahli keluarga Sufian telah merisik Elfira pada Jun lalu. Bersama kita doakan tidak ada aral melintang sehingga mereka berdua melangsungkan perkahwinan.

Sebelum ini, Elfira pernah dikaitkan dengan beberapa orang pelakon lelaki antaranya Baim Wong, namun Elfira mengatakan mereka hanya berkawan baik. Sufian juga telah putus cinta dengan bekas kekasih yang menjalinkan hubungan selama beberapa tahun dengannya sebelum bercinta dengan Elfira. – beautifulnara.com

Siapa nak RM5,000 Tunai, meh baca ni!

Invest_Smart-_Anti_Scam-_Video-_Instagram_Banner-_Final

Hi Semua, Abang Nara nak story sikit macam mana korang boleh menang RM5,000, fyi, Sekarang ni Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang mengadakan “Anti-Scam Video Competition”. Macam mana nak menang? Senang je.. korang hanya perlu buat video berdurasi 45 saat ke 1minit yang bertemakan skim pelaburan tidak sah atau dalam kata lain “Investment Scam”. Korang bukan sahaja berpeluang memenangi RM5,000, tapi ada juga hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi. Fuhh.. banyak tu. Buat video 45 saat, pastu boleh menang RM5,000. Macam-macam korang boleh buat dengan duit tu. Korang boleh join Anti-Scam Video competition ni secara individu atau berkumpulan (Maksimum 3 orang)

Kalau masih tak jelas lagi, bawah ni langkah-langkah mudah untuk korang sertai pertandingan ini:
1) Like InvestsmartSC FB page: www.facebook.com/investsmartsc
2) Rakam video berdurasi 45 saat ke 1 minit yang bertemakan skim pelaburan tidak sah.
3) Upload dalam youtube dan hantar link youtube tu ke [email protected]
Layari www.investsmartsc.my kalau nak tahu lebih lanjut.

Oh sebelum abang nara lupa, kalau nak masuk pertandingan ni kena cepat sebab tarikh tutup dia pada 15 September 2017. So, tunggu apa lagi? Gunakan smartphone korang yang canggih tu untuk rakam video sekarang!!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah korang kalau masuk pertandingan ni. Hehe..


Comments are closed.

Loading...