April 5th, 2015

Elfira Loy dan Baim Wong adalah pasangan yang paling sensasi di Malaysia. Mana tidkanya, jejak itu sanggup terbang jauh dari Indonesia untuk meraikan majlis hari jadi Elfira. Meskipun kedua-duanya enggan komen mengenai status hubungan mereka, ramai telah menghidu mereka sememangnya bercinta.

Sedang semua mengucapkan agar pasangan ini dilimpahi dengan keberkatan, tiba-tiba hubungan cinta Elfira dan Baim dikatakan sudah berakhir. Berita tersebut disampaikan menerusi sebuah portal dari Indonesia, aktor tersebut kembali menjalinkan percintaan bersama bintang sinetron popular Marshanda selepas beliau sah bercerai pada November tahun lalu.

Baim dan Marshanda didakwa sering menghubungi diantara satu sama lain menerusi WhatsApp dan Baim nampaknya ingin mendekati bekas kekasihnya itu sekaligus meyambung hubungan cinta mreka yang terputus dahulu.

Walaubagaimanapun, buat masa ini baik Elfira mahupun Baim belum lagi memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut.

Hurm, tidak mungkin jika Baim Wong ingin kembali bersama bekas kekasihnya Marshanda lagi pula mereka tentu dapat meluangkan masa dengan lebih kerap kerana berada didalam satu negeri yang sama. Betul atau tidak mengenai perpisah ini, kita nantikan jawapan daripada Elfira Loy nanti.
Sumber Berita: Astro Gempak


Comments are closed.

Loading...