June 2nd, 2020

Ramai betul yang mengambil berat akan perkembangan anak sulung Elfira Loy, Rayyan Khalaf yang kini baru menginjak umur 8 bulan.

Mana tidaknya, warga maya berpusu-pusu meluahkan komen berbaur kebimbangan apabila Elfira mengakui membenarkan permata hatinya itu menggunakan telefon bimbit.

Advertisement

 

Perkara tersebut telah dikongsi oleh aktres tersebut di laman instagram peribadi miliknya. Menurutnya, dia memberikan Iphone kepada Rayyan Khalaf supaya tidak menganggu telefon peribadinya.

?

Advertisement

Advertisement

View this post on Instagram

 

Ayah is working today so Rayyan ootd dengan mommy okay. Wearing @mimpi_kita again and hes wearing @theyusufiskandar for @jakel_shahalam in size 0-1 .

A post shared by @ elfiraloy on

Gambar yang memaparkan Elfira memegang Rayyan sambil menunjukkan telefon pintar kepada anaknya itu turut mempromosikan IG penjual gajet berkenaan.

Berikutan itu, ruangan komen foto tersebut dibanjiri oleh komen netizen yang bimbang akan menganggu tumbesaran apabila didedahkan dengan gajet pada usia yang sangat muda.

Walaubagaimanapun, Elfira membidas kebimbangan netizen apabila mendakwa hanya membenarkan Rayyan bermain gajet dalam waktu yang singkat.

 

Apa-apapun, Elfira sebagai ibu lebih tahu kemahuan dan cara mendidik anaknya. Netizen boleh nasihat dan bersikap prihatin, tapi tidak usah sehingga mengeluarkan kata-kata kesat.

Advertisement