Written by Bella | May 10th, 2019

Merasai pengalaman pertama berbadan dua, pelakon Elfira Loy mengakui berdepan cabaran untuk berpuasa. Bagaimanapun, beliau tetap gagahkan diri untuk berpuasa kerana tidak mahu terlalu manjakan diri sehingga tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Namun, usahanya untuk menjalani ibadah puasa tetap tidak dapat dilaksanakan. Elfira berkata pada hari pertama Ramadhan beliau merasa tidak selesa, cepat loya, muntah dan kembung perut. Untuk hari kedua juga beliau tewas disebabkan badannya tidak bermaya.

Memang agak mencabar berpuasa ketika sedang berbadan dua. Pada hari pertama, pelbagai perasaan datang, namun saya cuba untuk tidak terlalu mengikut kata hati. Saya lelapkan mata dan apabila bangun, saya ke dapur menyediakan juadah berbuka. Alhamdulillah, saya dapat berpuasa penuh.

Cuma pada hari kedua Ramadan, saya tewas. Ada ketika, saya dalam dilema sama ada mahu berpuasa atau tidak, tetapi selagi tidak membebankan diri dan membahayakan kandungan, saya akan cuba.

Elfira turut berkongsi, doktor ada memaklumkan kepadanya bahawa tidak ada masalah untuk ibu mengandung berpuasa, tetapi kesihatan diri dan kandungan harus menjadi keutamaan. Apa-apa pun, kita doakan agar Elfira baik-baik sahaja dan diberikan kesihatan yang baik.

Sumber Berita : BH ONLINE

15 responses to Elfira Loy Akui Sukar Berpuasa Ketika Hamil

  1. pening says:

    alahai benda normal bukan artis pon leh tanya..adoiii ni pon sampai nk masuk kt blog kee

    • Anonymous says:

      buln ni je dh 3 kli infom aku hamil..topik skrg..” sukar berpuasa dlm hamil”‘…ke x tahan godaan..

  2. huhu says:

    nara..ok next ..

  3. ELPH says:

    kalau dah rase sukar xyahla puase..ade kelonggaran kan, mcm die sorg je mngandung/puase..ari2 cerita sama..next!

  4. gebang says:

    standard le statement mcm ni…. bila budak2 wannabe baru kawin up status.
    gebang lebih.
    org matured tak kuasa nak up kisah2 mcm ni. cool and steady je

  5. Spot says:

    Ehh tolong laaa. Kami nk kena hadap cite die brp ratus hr lg ni..

  6. Anonymous says:

    ye elpira.. mmg normal perempuan mengandung sukar utk puasa dan memang tak wajib untuk berpuasa.. rileks rileks sudah la takyah bgtau satu dunia.. dn jgn lupa ganti puasa.. dan nanti nk ganti puasa takpayah bgtau la ye.. sbb ganti puasa tu mmg wajib.. #sekian

  7. Anonymous says:

    nara pun…benda ni nk cerita ke?

  8. Amira Amzah says:

    She seemS ugly. Attitude pun ugly ew. :) and I agree dgn orang yang comment ini. I have to say what I’m going to say. HAHA

  9. Spkian says:

    Sebenarnyavnikmat berpuasa ketika hamil kerana kita dapat berpuasa penuh. Rugi rasanya masa hamil tidak dapat puasa penuh. Jangan ikutkan sangat alasan hamil dan x tahan berpuasa ketika hamil. Ingat alasan hamil bukan tiket utk tidak ganti puasa. As i said rugi bagi wanita hamil mengandung tidak puasa penuh. Saya dulu sampai 7 ke 8 bln pregnant pun masih berpuasa. Begitu juga diawal ke hamilan.
    Ada sesetengah org mmg tak boleh puasa ketika mengandung akibat tekanan darah rendah dan sebagainya. Kalsu itu didetect punya tak bermaya tak pe. Tapi kalau as i said alasan pregnant anak pertama dan sebagai nya… Hhmmm… Alasan. Bertabahlah wahai kaum ibi.
    Saya walaupun menyusukan anak l still puasa sebab rugi rasanak ganti puasa kecuali period

    • Mama M says:

      Atas org. Saya pregnant atau myusu,asyik pitam je. Tekanan darah rendah & gastric teruk & dh bula colonoscopy utk pgesahan. Dh la saya suri rumah. Kalau apa jadi,pengsan ke ,apa nk jadi dgn anak2 saya. Adoi.. dh siap ajar anak sulong, kalau mama pengsan, apa abg long kena buat. Kena Minta tolong kat sapa. Kena call sapa. Abg long baru 4 tahun. Adik 9 bulan

      Islam tu mudah. Kalau tak boleh buat sekrg.nanti ganti la. Keupayaan org tak sama.

  10. Anonymous says:

    Dia sorg jela pose.gedik nk mamposs

  11. Anonymous says:

    Aku nmpk dia doh kt klinik kesihatan dengkil.. bwk honda accord biru siap laki pegang handbag lg uuuuu

  12. K says:

    Muaknya citer psl minah ni pregnant.. Kecoh 1 negara dia loya, susah posa bla3..bukan dia sorang retis yg penah pregnant.. Maintain low profile lg org suke.. Smua mende suke nak porak kt org.. Bosan giler lah citer psl minah loy nih.. Next ps!!

  13. Anonymous says:

    Bosan..ko pendek macam2 lah.. Org tinggi pregnant no issue pun..