Merasai pengalaman pertama berbadan dua, pelakon Elfira Loy mengakui berdepan cabaran untuk berpuasa. Bagaimanapun, beliau tetap gagahkan diri untuk berpuasa kerana tidak mahu terlalu manjakan diri sehingga tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Namun, usahanya untuk menjalani ibadah puasa tetap tidak dapat dilaksanakan. Elfira berkata pada hari pertama Ramadhan beliau merasa tidak selesa, cepat loya, muntah dan kembung perut. Untuk hari kedua juga beliau tewas disebabkan badannya tidak bermaya.
Memang agak mencabar berpuasa ketika sedang berbadan dua. Pada hari pertama, pelbagai perasaan datang, namun saya cuba untuk tidak terlalu mengikut kata hati. Saya lelapkan mata dan apabila bangun, saya ke dapur menyediakan juadah berbuka. Alhamdulillah, saya dapat berpuasa penuh.
Cuma pada hari kedua Ramadan, saya tewas. Ada ketika, saya dalam dilema sama ada mahu berpuasa atau tidak, tetapi selagi tidak membebankan diri dan membahayakan kandungan, saya akan cuba.
Elfira turut berkongsi, doktor ada memaklumkan kepadanya bahawa tidak ada masalah untuk ibu mengandung berpuasa, tetapi kesihatan diri dan kandungan harus menjadi keutamaan. Apa-apa pun, kita doakan agar Elfira baik-baik sahaja dan diberikan kesihatan yang baik.