Tengok lama-lama, barulah Abang Nara sedar yang Elfaeza ini ialah salah seorang pelakon drama Adam Dan Hawa. Memang lain sungguh muka sampai tak perasan dibuatnya. Terbaru, Elfaeza dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan bekas kekasih Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad.
Elfaeza mengakui yang sememangnya mereka bercinta namun percintaan tersebut hanyalah di dalam drama Mukhlis. Di dalam dunia sebenar, Elfaeza tiada apa-apa hubungan istimewa dengan Sharnaaz. Kata Elfaeza:-
Mana ada kami bercinta. Tapi kalau bercinta dalam drama Mukhlis memang betul. Mungkin gosip ini timbul kerana ada pihak melihat kemesraan kami di set penggambaran tetapi semua itu sekadar mahu menghayati watak sahaja Saya harap dengan penjelasan ini tiada lagi cakap-cakap mengenai perhubungan kami
Mungkin Elfaeza sudah ada kekasih hatinya sendiri. Siapa tahu kan? Lagipun umur Elfaeza sudah pun mencecah 28 tahun. Pasti sudah ada “someone special” di kala ini. Tak gitu? Apa pun semoga karier Elfaeza akan terus berkembang di masa hadapan.