Elewsmart Dipecah Masuk, Ustaz Ebit Lew Zahir Rasa Sedih

Hiburan

Elewsmart Dipecah Masuk, Ustaz Ebit Lew Zahir Rasa Sedih

Mendedahkan Elews Mart di cawangan Sungai Buloh dipecah masuk menerusi kiriman terbarunya di laman Instagram, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew iaitu pemilik pasar raya tersebut dilihat tampil meluahkan rasa sedih dan kecewa.

Elewsmart Dipecah Masuk, Ustaz Ebit Lew Zahir Rasa Sedih

Advertisement

Menurutnya, kejadian itu telah berlaku pada 3.30 pagi ini. malah, rakaman CCTV juga mendapati dua orang lelaki memasuki pasar raya berkenaan dengan memakai helmet.

“Sayu pagi ini bila dapat tahu Elewsmart sg buloh kena pecah masuk 3.30 pagi. Ada rakaman cctv. 2 lelaki pakai helmet.”

Ujar Ustaz Ebit, beliau juga turut memohon doa daripada orang ramai agar segala yang berlaku akan temui jalan penyelesaian malah yakin insiden yang terjadi ini juga pasti ada hikmah disebaliknya.

Elewsmart Dipecah Masuk, Ustaz Ebit Lew Zahir Rasa Sedih

“Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Semoga Allah beri pelajaran padanya. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya.”

Elewsmart Dipecah Masuk, Ustaz Ebit Lew Zahir Rasa Sedih

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Ustaz Ebit tidak putus-putus memanjatkan doa agar segala urusannya dipermudahkan, malah ramai juga yang terkejut dengan kejadian yang berlaku kerana foto yang dimuat naik pendakwah tersebut memaparkan kesemua duit yang disimpan di laci “cashier” juga telah disambar individu tidak bertanggungjawab tersebut.

Namun begitu, Ustaz Ebit juga tidak ketinggalan berdoa supaya pelaku terbabit diberikan hidayah.

Elewsmart Dipecah Masuk, Ustaz Ebit Lew Zahir Rasa Sedih

Sekadar informasi, Elewsmart Sungai Buloh yang dibuka pada Julai lalu merupakan salah satu daripada 10 cawangan Elewsmart yang bahru dibuka bagi menyediakan barangan dengan harga lebih berpatutan pada kualiti yang sama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...