Elaun Parking Menteri Sebanyak RM5700 Hanyalah Maklumat Palsu Semata-Mata

Trending

Elaun Parking Menteri Sebanyak RM5700 Hanyalah Maklumat Palsu Semata-Mata

Baru-baru ini, kecoh apabila netizen mempertikaikan jumlah elaun parking kereta yang diperuntukkan kepada jemaah menteri. Perdebatan tentang elaun yang diberikan kepada menteri-menteri ini semakin hangat diperkatakan apabila elaun kritikal penjawat awam akan dimansuhkan.

Baca: Adakah Pemberian Elaun Kritikal Untuk Penjawat Awam Sememangnya Tidak Lagi Relevan?

Advertisement

Gambar yang tular di media sosial itu menunjukkan jumlah elaun-elaun yang diterima menteri bersama pendapatan bulanan. Keratan gambar dari surat khabar itu menunjukkan peruntukan elaun keraian, elaun wakil rakyat, elaun perumahan dan elaun parking.

jumlah elaun menteri

Tetapi Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah membidas kenyataan itu dan memaklumkan maklumat itu adalah tidak benar. Menurutnya, tiada elaun parking yang diberikan kepada menteri.

Dato' Saifuddin Abdullah

Bukan itu sahaja, Dato’ Saifuddin turut menjelaskan gaji dan elaun bulanan yang diterima setiap menteri adalah sama sahaja kecuali Perdana Menteri dan Timbalannya. Beliau juga menegaskan tidak ada elaun parking menteri seperti yang dikecohkan di media sosial.

Tambahnya lagi, maklumat pada keratan akhbar yang tidak diketahui sumbernya ini adalah palsu semata-mata. Sepanjang beliau berkhidmat sebagai menteri, belum ada elaun parking yang diperuntukkan melainkan elaun-elaun lain.

Berita pemansuhan elaun kritikal penjawat awam membuatkan ramai yang tidak berpuas hati terutamanya kakitangan hospital. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Doktor Tidak Puas Hati Elaun Kritikal Dipotong, Gaji Tak Sepadan Jam Bekerja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...