Elakkan ‘Panic Buying’, Ini 8 Bahan Asas Yang Perlu Ada Di Rumah Ketika Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Kehidupan

Elakkan ‘Panic Buying’, Ini 8 Bahan Asas Yang Perlu Ada Di Rumah Ketika Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Semalam, negara kita telah menerima pengumuman daripada Perdana Menteri Malaysia untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa 18 Mac hingga 31 Mac ini. Sebelum pengumuman rasmi dibuat, sudah pelbagai spekulasi dan berita tidak disebarkan sehingga menimbulkan reaksi panik dalam kalangan orang ramai berhubung sekiranya Malaysia mengisytiharkan ‘lockdown’ atau darurat.

Baca: Perdana Menteri Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac Hingga 31 Mac Ini 

Advertisement

Akibatnya, orang ramai menyerbu setiap pasar raya untuk membeli stok barangan dapur sehingga barangan keperluan utama seperti beras, minyak dan tisu tandas kehabisan stok. Fenomena ini seharusnya tidak berlaku sekiranya orang ramai memahami dan mematuhi saranan kerajaan dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Keadaan menyerbu pasar raya secara beramai lebih meningkatkan peluang untuk terdedah kepada penyebaran virus Covid-19.

Ini merupakan beberapa bahan wajib yang perlu ada di rumah ketika tempoh perintah kawalan pergerakan untuk memastikan anda mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dan tidak kekurangan nutrisi.

1) Karbohidrat  

karbohidrat

Makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi penting untuk penjanaan tenaga dan menyumbang dalam tumbesaran. Antara makanan yang berkarbohidrat ialah seperti beras (nasi, tepung dan bihun), gandum (pasta, bijirin dan mi), oat (steel cut dan rolled) dan jagung.

2) Kacang dan kekacang 

kekacang

Kekacang kaya dengan lemak tak tepu atau lemak yang sihat serta sumber serat dan protein yang baik. Contoh kacang (almond, hazel, gajus, macadamia, berangan, pistachio, kacang parang) dan kekacang (kacang tanah, pis, lentil, kacang hijau, kacang merah, dal, soya, asam jawa).

3) Susu dan hasil tenusu 

susu

Kandungan kalsium dan protein yang baik dalam susu dan keju baik untuk tulang dan tumbesaran dan pelbagai lagi zat lain yang terkandung amat baik faedahnya terutama kepada kanak-kanak.

Anda disarankan untuk membeli susu tepung (penuh krim, rendah lemak, kalsium tinggi) atsu susu UHT (stabil pada suhu bilik). Pelbagai pilihan keju dalam makanan anda seperti keju keras(parmesan, cheddar, edam, gouda, provolone dan gloucester) dan keju lembut (brie, haloumi, feta dan roquefort)

4) Daging 

daging

Daging terbahagi kepada dua, iaitu daging merah dan daging putih. Daging merah berwarna lebih gelap, contohnya daging lembu, kambing, rusa dan kuda, manakala daging putih berwarna cerah, seperti daging ayam dan arnab.

Secara kasarnya, semakin merah daging semakin banyak zat besi di dalamnya. Daging merah menjadi sumber utama zink yang mencegah penyakit anemia dan baik untuk kesihatan sistem pembiakan, terutamanya lelaki.

5) Lemak

minyak

Masyarakat mempercayai lemak adalah sesuatu yang tidak baik untuk kesihatan, tetapi lemak mempunyai fungsi penting dalam tubuh kita. Antaranya, lemak berfungsi sebagai pengangkut yang membantu penyerapan Vitamin A, D, E & K yang larut lemak dan membekalkan asid–asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan.

Contoh bahan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi ialah minyak sawit, minyak kelapa, minyak zaitun, ghee, marjerin, mentega dan santan.

6) Buah dan sayur

buah dan sayur

Pelbagai buah dan sayur dalam pengambilan makanan harian dapat membantu memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh badan. Contohnya, cendawan, kobis, labu, keledek, kurma, kismis, zaitun, rumpai laut, tomato, laici, mata kucing dan nenas. Anda boleh mendapatkan kesemua ini secara segar atau dalam tin.

7) Rempah, perasa dan perisa 

rempah

Anda boleh menyimpan bahan ini untuk kegunaan ketika memasak seperti gula (pasir, perang, kabung, melaka), garam (laut, bukit, beriodin), cuka (asli seperti epal, tebu, beras, atau buatan – asid) dan madu.

Rempah ratus seperti serbuk kari, kurma, opor, sup, bunga lawang, cengkih, lada hitam, kulit kayu manis, buah pelaga, buah keras, buah pala, ketumbar dan biji sawi juga penting. Bahan asas perasa seperti kicap, sos tomato, sos cili, mayonis, wasabi dan puri tomato juga boleh dipastikan mencukupi.

8) Comfort food 

keropok

Makanan seperti keropok, mi segera, gula-gula adalah makanan sampingan yang anda boleh simpan di rumah selain daripada makanan utama. Namun, harus beringat jangan ambil dalam kuantiti yang banyak.

Secara kesimpulannya, tempoh perintah kawalan pergerakan bukanlah situasi darurat yang diuar-uarkan oleh sumber yang salah. anda harus bijak merancang untuk menjamin rutin harian anda tidak terganggu. Jaga kesihatan, jaga pemakanan.

Artikel berkaitan: Apa Yang Anda Perlu Lakukan Jika Malaysia Umumkan Perintah ‘Lockdown’ Untuk COVID-19?

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...