Elakkan Duduk Terlalu Lama Di R&R Atau Akan Didenda Bayaran Tambahan

Trending

Elakkan Duduk Terlalu Lama Di R&R Atau Akan Didenda Bayaran Tambahan

Seorang individu bernama Damar Wulan telah dikenakan bayaran tambahan oleh pihak Lebuhraya PLUS gara-gara berada di hentian Rawat dan Rehat (RnR) dengan tempoh yang terlalu lama.

Beliau memuat naik status berkenaan di media sosial kerana tidak berpuas hati atas tindakan yang dikenankan oleh pihak PLUS.

Advertisement

Menurut kenyataan beliau, ketika masuk ke lebuh raya PLUS melalui Gurun dan berhenti seketika di RnR Gurun untuk tidur seketika kerana keletihan selama setengah jam selepas menghantar rakannya. Namun setelah menyambung perjalanan pulang dan tiba di Tol Pendang, beliau terkejut kerana perlu membayar sebanyak RM9.40 (RM6.40 denda).

“Saya didenda RM9.40. Bayaran tol sahaja RM3.00 tetapi dicaj sehingga RM9.40 ketika sampai di Tol Pendang, di mana caj tambahan itu dikenakan kerana duduk di RnR melebihi 1 jam 50 minit. Gila ke apa ini? Tak boleh duduk lama di RnR?” katanya.

Pihak PLUS memberikan alasan bahawa mereka mengesyaki jika duduk lama di RnR ada unsur penipuan dilakukan oleh pengguna lebuh raya, dakwa Damar.

Difahamkan Damar telah menghubungi pihak PLUS melalui talian khidmat penggunanya nampak gagal mendapat sebarang jawapan yang memuaskan hatinya.
“Saya memaklumkan bahawa saya letih dan tidur seketika di RnR, namun penyelia tol berkenaan pula menyatakan tidur tidak diiktiraf di atas lebuhraya PLUS kerana di situ tiada hotel. Malah, pengguna kena akur dengan sistem yang telah dibuat.” katanya.
Justeru, beliau mempersoalkan jika peraturan seperti itu dilaksanakan, mengapa pihak PLUS tidak meletakkan papan di ‘Tidak dibenarkan berehat melebihi 1.5 jam’ di RnR Gurun.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.