Kontroversi rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila belum lagi reda selepas pelakon itu menolak permohonan cerai yang difailkan isterinya dan ingin cuba menyelamatkan pekahwinan mereka yang dibina sejak dua tahun lalu.
Isu mereka semakin hangat diperkatakan apabila Nabila mendakwa Sharnaaz memberikan nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun berkemampuan untuk memberi lebih daripada jumlah tersebut.
Pelbagai spekulasi timbul dan terbaru ada pula netizen berbalah antara satu sama lain dengan mengaitkan isu kenegerian sebagai punca pergolakan rumah tangga mereka.
Isteri lepas ni jangan Kelantan
Hal ini tiada kaitan dengan negeri
tetapi sikap individu
Pada pendapat penulis, memang tidak relevan langsung bila mengaitkan masalah serta sikap seseorang dengan negeri asal mereka. Berikan Sharnaaz dan Nabila ruang untuk menyelesaikan kemelut antara mereka dan netizen perlu berhenti membuat sebarang spekulasi kerana kita tidak tahu cerita sebenar. Kita doakan yang terbaik buat mereka.