“Elak Ungkit Aib & Kekurangan Selepas Berpisah. Islam Mengajar Kita Untuk Lepaskan Pasangan Dengan Cara Baik” – Dr Zulkifli

Trending

“Elak Ungkit Aib & Kekurangan Selepas Berpisah. Islam Mengajar Kita Untuk Lepaskan Pasangan Dengan Cara Baik” – Dr Zulkifli

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sempat memberi nasihat kepada semua pasangan di Malaysia agar tidak menyebarkan aib dan kekurangan selepas berlakunya perpisahan.

Menerusi X, beliau berkata Islam mengajar umatnya untuk melihat kebaikan serta mengingati jasa pasangan sepanjang perkahwinan.

Advertisement

Tambahnya, sudah tentu setiap rumah tangga tidak dinafikan mempunyai badai dan ombak yang menguji keutuhan hubungan itu.

Namun, Islam mengingatkan bahawa meskipun perceraian itu dibenarkan, ia adalah perkara yang paling dibenci oleh Allah dalam kalangan yang halal. Oleh itu, ia sewajarnya menjadi pilihan terakhir setelah segala usaha untuk memperbaiki keadaan telah dilakukan.

dr zulkifli al bakri

Beliau juga berkata jika perpisahan tidak dapat dielakkan, Islam mengajar setiap umatnya untuk melepaskan pasangan dengan cara yang baik dan penuh ihsan. Katanya, sikap begitu penting agar tidak mencalarkan maruah mana-mana pihak serta memastikan hak-hak kedua-dua suami dan isteri tetap terjaga.

Kita digalakkan untuk mengelakkan daripada mengungkit keaiban atau kekurangan pasangan, terutama selepas perpisahan. Islam mengajarkan untuk melihat kebaikan dan mengingati jasa pasangan sepanjang perkahwinan.

perpisahan

Ujar beliau lagi, setiap individu perlulah memberi ruang kepada bekas pasangan untuk memulakan kehidupan baru dengan cara yang lebih baik dan paling penting sekali, tanpa menyimpan dendam.

Jika perceraian adalah jalan yang terbaik, lakukanlah dengan cara yang paling baik, menjaga maruah dan harga diri masing-masing. Kita sebagai manusia pasti tidak sempurna, tetapi usaha untuk menjadi insan yang lebih baik itu yang paling utama.

3 months ago

“Haram Burukkan Pasangan Lepas Cerai, Fazura Harus Bertaubat” - Ustaz Abu Syafiq

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...