Elak Simpan Coklat Dalam Peti Ais Untuk Kekalkan Kelazatan Coklat

Trending

Elak Simpan Coklat Dalam Peti Ais Untuk Kekalkan Kelazatan Coklat

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita menyimpan coklat yang dibeli di dalam peti ais untuk mengekalkan bentuk dan mengelak coklat tersebut daripada cair.

Advertisement

Namun kajian yang dilakukan mendapati menyimpan coklat dalam peti ais akan menyebabkan coklat tersebut hilang aroma aslinya yang enak.

Malah, pakar mendedahkan anda tidak sepatutnya menyimpan coklat dalam peti sejuk walaupun suhu bilik berada dalam keadaan panas.

Pakar manisan coklat, Luke Owen Smith dari New Zealand menyatakan coklat yang disimpan di dalam peti sejuk boleh menjejaskan kelazatan coklat tersebut.

“Apabila coklat itu di simpan di dalam peti sejuk, ia akan menyebabkan coklat tersebut kehilangan rasa aslinya,” katanya seperti yang dipetik dalam laporan Mirror.co.uk.

Cara betul untuk mengelakkan coklat cair adalah meyimpan cokalat dalam ruang yang kering dan gelap yang bersuhu dingin.

“Untuk memastikan anda dapat merasa kelazatan coklat tesebut, simpan di dalam bekas yang ditutup rapat supaya tidak menjejaskan rasanya,”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...