“Elak Sesak Di Musim Perayaan, Lorong Tambah Nilai Lebuh Raya Akan Ditutup” – PLUS

Trending

“Elak Sesak Di Musim Perayaan, Lorong Tambah Nilai Lebuh Raya Akan Ditutup” – PLUS

Pihk PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan akan menutup semua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya berkenaan mulai 22 Jun hingga 2 Julai ini untuk melancarkan pergerakan trafik pada cuti Hari Raya Aidilfitri.

Advertisement

Langkah berkenaan untuk mengurangkan kesesakan yang berpunca daripada pengguna lebuh raya yang beratur di lorong tambah nilai.

“PLUS menjangkakan aliran trafik bagi penggunaan Lebuhraya Utara-Selatan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang meningkat kepada 21 peratus berbanding hari biasa.

“PLUS mengingatkan orang ramai agar memastikan kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, penutupan lorong tambah nilai berkenaan tidak menjejaskan orang ramai di mana mereka boleh menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara termasuk di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak, termasuk yang beroperasi di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Orang ramai juga boleh menambah nilai di pusat khidmat pelanggan PLUS yang akan dibuka setiap hari mulai 7 pagi hingga 10 malam termasuk Sabtu, Ahad dan hari cuti umum bagi membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza tol terpilih.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...