Elak Sekatan Jalan Raya, Individu Gigih Timbus Semula Lubang Di ‘Lorong Tikus’

Trending

Elak Sekatan Jalan Raya, Individu Gigih Timbus Semula Lubang Di ‘Lorong Tikus’

Dalam situasi genting ini, masih ada individu yang berdegil dan membebankan. Mana tidaknya, individu tersebut sanggup menimbus semula lubang yang dibuat di lorong tikus di Kampung Tanah Puteh.

Difahamkan, tindakan menimbus lubang itu dibuat untuk membolehkan lorong tikus itu digunakan bagi megelak daripada melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis. Sampai macamtu sekali ya?

Tindakan ini jelas sekali mengecewakan ramai pihak terutamanya pihak polis. Ujar mereka, amaran dan tindakan terhadap sesiapa yang berbuat demikian akan segera diambil supaya tidak berulang lagi.

Bukan itu sahaja, menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo, pihaknya mengesan satu daripada enam lubang di lorong tikus yang digali polis untuk menutup laluan ditimbus semula.

Advertisement

Menurutnya, ada juga penghadang konkrit yang diletakkan di lorong tikus dipecahkan. 

Sebagai jalan akhir, Polis juga akan menggali semula lubang yang ditimbus itu supaya tidak ada ruang rentas negeri tanpa kebenaran dapat dilakukan.

“Kita menutup lorong tikus dengan menggali lubang sebelum Aidilfitri lalu, susulan ramai yang menggunakan laluan itu bagi mengelak daripada diperiksa di SJR”

Tindakan kita menggali lubang, menimbun tanah dan meletakkan penghadang konkrit dan besi itu usaha terakhir serta lebih berkesan untuk menghalang orang ramai menggunakan lorong tikus bagi merentas negeri.

Pun begitu, masih ada segelintir penduduk yang berdegil dan melakukan tindakan luar kawalan.

Kepada masyarakat di luar sana, jadi lah individu yang bertanggungjawab kepada negara. Setiap perlakuan yang baik pasti menyumbang kepada kemajuan kita bersama. ‘Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’ ya. 

Patuhlah pada SOP dan bantu frontliners untuk membendung wabak Covid-19 ini. Bersama kita perangi virus ini!

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...