Memilih produk penjagaan diri yang sesuai dengan kulit bukan mudah. Mungkin ada produk yang bagus untuk yang dicadangkan kawan-kawan, tapi bila diguna sendiri, lain pula jadinya. Bahan, formulasi produk dan jenis kulit berlainan bergantung individu membuatkan keadaan ini terjadi.
Bagi mengelakkan tersalah pilih produk yang tidak sesuai dengan kulit malahan merosakkan alam sekitar, penting untuk kita mengikut beberapa langkah. Barulah tak menyesal di kemudian hari. Jom kami kongsikan:
Produk berasaskan bahan semulajadi
Khazanah alam semulajadi dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan mempunyai banyak kebaikan untuk kulit. Tapi tidak semua produk yang mengatakan produk mereka menggunakan bahan semulajadi benar-benar menggunakannya.
Bagi menikmati kebaikan bahan semulajadi ini, pastikan formulasi bahan dirumus melebihi 90%. Pastinya segala khasiat dan kebaikan alam dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Berasaskan tumbuhan
Produk yang ingin digunakan setiap hari perlulah dipastikan menggunakan bahan berasaskan tumbuhan. Tidak kurang penting juga untuk memeriksa produk tidak menggunakan kandungan haiwan dan merupakan formula vegan.
Produk biodegradasi
Kita hidup di dunia yang dipinjam dari generasi akan datang. Jadi amat penting untuk menjaga alam supaya kekal bersih untuk masa akan datang. Ini termasuk juga dalam soal menggunakan produk yang mesra alam supaya tidak mencemarkan persekitaran selepas digunakan.
Pastikan produk boleh berbiodegradasi dengan alam. Lebih baik lagi jika produk berkenaan menggunakan bahan boleh dikitar semula. Jadi tidak perlu dilupuskan setelah sekali penggunaan.
Produk penjagaan badan dari hujung rambut ke hujung kaki, NIVEA Naturally Good
Masih tercari-cari produk yang ada semua kualiti di atas? Tak perlu mencari lagi sebab segalanya ada dengan NIVEA Naturally Good. Rangkaian produk ini menggunakan 99% bahan semula jadi. Untuk lebih telus, NIVEA juga berkongsikan peratusan kadar bahan semula jadi yang digunakan pada bungkusan produk.
Rangkaian Naturally Good ini juga bebas paraben, silikon dan minyak mineral yang berbahaya jika digunakan untuk tempoh yang lama.
Manakala botol yang untuk produk Naturally Good ini pula dikurangkan 50% dari segi penggunaan plastiknya. Kurang plastik, kurang pencemaran selepas penggunaannya.
Gel mandian dengan 3 pilihan wangian
Tiada apa yang lebih menenangkan dari dapat memanjakan diri dengan mandi setelah seharian beraktiviti. Gel mandian Naturally Good mempunyai 3 wangian yang berasaskan bahan semula jadi iaitu cotton flower, honeysuckle dan rose water.
Gel mandian ini diperkaya dengan ramuan organik untuk memberikan keselesaan dan memerangkap lembapan kulit. Hasilnya, setiap kali selepas mandi kulit korang akan terasa lembap je.
Produk ini menggunakan 99% formula biodegradasi menjadikannya lebih selamat untuk digunakan.
Losen pelembap 98% bahan semulajadi
Untuk mengembalikan kelembapan kulit, sapukan losen pelembap NIVEA Naturally Good ke seluruh badan. Didatangkan dengan variasi avokado, oat dan beras organik, losen ini menggunakan 98% bahan semula jadi.
Selain produk penjagaan badan, rangkaian Naturally Good turut menawarkan produk penjagaan wajah, bibir dan deodorant. Semuanya cukup lengkap untuk penjagaan menyeluruh satu badan.
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian Naturally Good atau produk NIVEA yang lain layari Shopee dan Watsons.