June 23rd, 2020

Mengelak daripada perbalahan antara netizen sama ada rakyat tempatan mahupun luar negara berikutan kontroversi video TikTok baru-baru ini, penyanyi Wani Kayrie tampil bertindak menutup ruangan komen di Instagramnya.

wani kayrie kontroversi dayang senandung

Menurut Wani, beliau kini sedar bahawa isu tersebut telah tular hingga ke luar negara. Mengakui bukan mahu lari daripada kesilapan semata-mata, namun sekadar tidak mahu menanggung dosa perbalahan sesama manusia di platform berkenaan.

Sabtu lalu, klip video tarian yang dikongsi Wani menerusi aplikasi Tiktok mengundang padah apbila tidak lekang menerima kecaman daripada netizen apabila tampil dengan wajah disolek serba hitam.

wani kayrie kontroversi dayang senandung

“Saya sedar isu ini tular hingga ke luar negara. Saya tidak mahu rakyat Malaysia dan orang luar terus bergaduh.

Rentetan isu berkenaan, Wani dianggap tidak sesitif dan bersikap perkauman melaui videoa yang didakwa dirakan ketika menjalani penggambaran drama, Dayang Senandung, terbitan Zeel Production Sdn Bhd.

Sehingga kini, lebih 3,000 tandatangan petisyen mendesak penerbitan drama terbabit dihentikan   sudah terkumpul gara-gara video berkenaan.

Bagaimanapun, wani telah tampil memohon maaf berikutan kes berkenaan dan kesal dengan perbuatan tersebut.

wani kayrie kontroversi dayang senandung

Isu Wani ini dikhabarkan semakin hangat apabila dunia kini sedang kecoh dengan kes pembunuhan lelaki kulit hitam yang dikenali sebagai George Floyd, ketika ditahan polis di Minneapolis, Amerika Syarikat (AS), bulan lalu.

Terdahulu, selain Wani, bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha James juga antara barisan selebriti yang turut dikecam kerana tidak sensistif dengan melemparkan kenyataan berbaur perkauman.

Sumber: BH Online


2 responses to “Elak Perbalahan Isu Rasis, Wani Kayrie Tutup Komen Di Instagram”

  1. Anonymous says:

    rasanya kalau tak upload tiktok tade apa kot. oomputih tak tahu kot kewujudan die kalau die tak upload kat tiktok

  2. Anonymous says:

    Semua hipokrit, bila ada member sebelah kulit gelap duk ejek hitam hitam. La ni hangpa nak wat suci plak pasai senandung ni

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...