Elak Pakaian Menjadi Keras Setelah Dijemur? Atasinya Dengan 4 Teknik Mudah Dan Berkesan

Trending

Elak Pakaian Menjadi Keras Setelah Dijemur? Atasinya Dengan 4 Teknik Mudah Dan Berkesan

Para ibu atau wanita di luar pastinya pernah mengalami situasi di mana bila mengangkat jemuran, pakaian menjadi kering dan keras.

Jemuran yang terdedah kepada cahaya matahari akan menjadi cepat kering namun tahukah anda, cahaya matahari juga boleh membuat pakaian anda menjadi keras atau mungkin rosak.

Advertisement

Bagi mengelakkan pakaian menjadi keras dan kering atau rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari, anda boleh ikuti teknik berikut:-

1. Mengurangkan kuantiti serbuk pencuci

Serbuk pencuci yang berlebihan dalam pakaian akan menjadikan pakaian mengeras ketika dijemur di bawah cahaya matahari yang terik. Seeloknya, cuba untuk meminimakan kuantiti serbuk pencuci kerana penggunaan yang banyak tidak menjamin kebersihan kepada pakaian anda malah akan menjadikan ia rosak.

2. Bilas dan perah pakaian sebelum jemur

perah pakaian

Untuk pakaian mahal yang menggunakan cucian tangan, sebaiknya bilas bersih dan perah pakaian anda supaya lebihan pencuci dan air tidak melekat di pakaian bagi mengelakkan pakaian menjadi keras.

3. Cuka masakan 

cuka masakan

Tahukah anda cuka putih yang biasa digunakan dalam masakan juga boleh bertindak sebagai pelarut untuk melarutkan sisa pencuci pakaian. Anda hanya perlu masukkan satu sudu makan cuka ke dalam bilasan terakhir pakaian.

Tidak perlu risau akan bau cuka kerana ia akan hilang ketika pakaian mengering.

4. Mesin pengering pakaian

Cara yang cepat dan mudah ialah gunakan mesin pengering sebelum menjemur pakaian di bawah cahaya matahari.

Ternyata ia berkesan untuk mengelakkan pakaian menjadi keras ketika dijemur. Kini, tiada lagi pakaian kering atau keras serta rosak jika anda mengikuti teknik yang diberikan.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...