Elak Minum Kopi Pada Waktu Pagi Ketika Perut Kosong

Trending

Elak Minum Kopi Pada Waktu Pagi Ketika Perut Kosong

Business Insider melaporkan, tidak salah meminum secawan kopi sebelum memulakan hari anda tapi anda perlu berjaga jaga dan tidak meminum kpi ketika perut kosong.

Advertisement

Ini kerana kopi boleh memberi kesan kepada sistem pencernaan badan dimana kopi akan membantu badan melancarkan pengeluaran asid dari perut. Jika anda tidak makan terlebih dahulu untuk mengalas perut, asid boleh merosakkan lapisan perut selain sakit kepala serta pedih ulu hati.

Situasi ini juga boleh berlaku jika anda meminum kopi tanda kafein.

Bukan itu sahaja, menurut Ketua Pegawai Perubatan PushDoctor.co.uk, Dr Adam Simon pengambilan kopi ketika perut kosong boleh membuat anda merasa keresahan, menggigil dan perubahan emosi.

“Pengambilan kopi (ketika perut kosong) juga boleh meningkatkan kadar kebimbangan, kadar denyutan jantung dan ketidakupayaan untuk memberi tumpuan,

“Tabiat menghirup kopi sebagai pengambilan pertama sebelum melakukan aktiviti juga berkemungkinan mengganggu circadian rythm. Ini kerana, jam dalaman anda mengeluarkan hormon yang dipanggil cortisol ketika bangun dari tidur dan menyedarkan anda daripada rasa mengantuk.

“Bertentangan dengan apa yang anda fikirkan, kajian menunjukkan pengambilan kopi awal pagi sebenarnya menurunkan kadar cortisol dan membuatkan anda rasa lebih mengantuk,” katanya.

Sudah pasti sesetengah orang mengamalkan pengampilan kopi dengan perut kosong selama bertahun-tahun dan merasa ‘imun’. Jika itu adalah anda, teruskan!

Tetapi bagi yang lain, pakar diet Leslie Langevin mengesyorkan kafein dipadankan dengan sarapan pagi atau snek bagi mengelakkan perut anda daripada meragam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...