Elak Masyarakat Terkeliru, Chatime Menyaman Tealive

Trending

Elak Masyarakat Terkeliru, Chatime Menyaman Tealive

Sejak beberapa tahun lepas, kekeliruan melanda melibatkan pemilikan dua syarikat minuman popular Chatime dan Tealive yang sehingga kini belum selesai.

Oleh disebabkan dengan 2 jenama besar ini, masyarakat seringkali terkeliru dan menganggap Chatime adalah Tealive atau Chatime ditukar nama kepada Tealive.

Advertisement

Semalam, Chatime Sdn. Bhd. bertindak menyaman syarikat Loob Holding Sdn. Bhd. yang dikatakan mengelirukan masyarakat bahawa Chatime telah diubah nama kepada Tealive.

Memetik kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali mendakwa Loob Holding memuat naik kenyataan palsu di laman web syarikat itu iaitu “Chatime renamed as Tealive” dan “Tealive replaced Chatime”

Sehubungan dengan itu, pihak Chatime telah mengambil tindakan undang-undang untuk menjaga reputasi dan pasaran di Malaysia dan juga global.

Berdasarkan rekod, syarikat ini yang pernah menerima anugerah ‘World Branding Award Brand of The Year’ akan membuka sebanyak 150 cawangan baharu di negara ini dalam masa 5 tahun.

Dalam pada masa yang sama turut menyasarkan peningkatan keuntungan sebanyak RM 1.2 billion seperti di Taiwan.

Sumber : RetailNewsAsia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...