Sejak beberapa bulan lepas, satu demi satu kontroversi yang melanda pelakon Janna Nick dan ia cukup hangat sekali diperkatakan lebih-lebih lagi “pergaduhan†beliau bersama aktres Ruhainies.
Jelas Janna, apa yang berlaku membuatkan beliau kini lebih berhati-hati dalam percakapannya dan ia juga membuka mata beliau untuk mengetahui siapakah yang boleh menjadi kawan beliau ataupun sebaliknya.
Kontroversi yang berlaku menjadikan saya insan yang lebih baik, ia banyak mengajar saya untuk berhati-hati dan menyedarkan saya siapa kawan dan siapa musuh.
Sekarang saya banyak berfikir sebelum bercakap sama ada apa yang saya perkatakan itu disukai atau tidak oleh orang yang mendengar. Tidak semua orang yang sukakan kita.
Berbicara mengenai hubungan beliau bersama Ruhainies, Janna memberitahu beliau masih belum berkesempatan untuk bertemu dengan Ruhanies. Buat Janna, beliau menganggap perselisihan faham antara mereka sudah selesai.
Kalau dia sudah beritahu kepada media bahawa dia sudah maafkan saya dan saya sudah maafkan dia maka selesailah.
Setakat ini kami belum pernah bertemu dan tidak tahu apa rasa hati masing-masing.
Dalam kehidupan ini kita tidak boleh terus mempercayai seseorang dan apabila kita berada didalam masalah ataupun kesushan barulah kita tahu siapa kawan dan siapa lawan.