Elak Kongsi 6 Perkara Ini Di Media Sosial, Berisiko Tinggi Jadi Mangsa Penjenayah

Trending

Elak Kongsi 6 Perkara Ini Di Media Sosial, Berisiko Tinggi Jadi Mangsa Penjenayah

Mempunyai pelbagai akaun media sosial memang menyeronokkan. Berkenalan dengan kawan baru dan bertukar-tukar pendapat serta berkongsi moment menarik dengan kawan-kawan di media sosial. Tapi dalam keghairahan kita berkongsi,ada ‘mata’ yang memerhati.

Advertisement

Kuasa dari media sosial ini juga sering disalah guna oleh penjenayah untuk aktiviti jenayah mereka. Dengan bantuan media sosial, semua jenayah terancang boleh dilakukan.

Jadi untuk lebih berhati-hati, jangan sesekali muatnaik 6 perkara ini di mana-mana media sosial anda. Sentiasa lebih peka, ya!

1. Alamat rumah dan tempat kerja

Anda hanya akan memudahkan pemangsa untuk menemui anda.

Dengan adanya maklumat ini di media sosial, mereka tanpa teragak-agak boleh pergi kepada anda atau mengintip anda dalam diam sebelum melakukan sesuatu.

Jadi, adalah terbaik untuk menyorokkan maklumat ini dari mana-mana media sosial.

2. Gambar anak-anak

Gambar anak-anak tidak sepatutnya terlalu banyak dan dibiarkan terdedah dalam media sosial.

Bukanlah langsung tidak boleh memuat naik gambar anak anda di media sosial.

Tetapi, hati-hati dalam memilih gambar yang anda ingin muat naik di media sosial itu. Elakkan gambar yang ada lokasi mereka seperti sekolah di mana kerana pemangsa boleh menjejak anak anda.

3. Maklumat percutian

Percutian memang sangat seronok untuk dikongsi bersama dengan teman-teman di media sosial.

Tetapi hati-hati semasa berkongsi maklumat percutian anda di atas talian ini. Perompak boleh menggunakan maklumat tersebut untuk mengambil kesempatan dan merompak rumah anda!

4. Jawapan soalan sekuriti

Mustahil anda tidak tahu yang ini.

Anda tidak patut mengongsikan apa-apa yang berkaitan maklumatan sekuriti seperti kata laluan, jawapan soalan sekuriti atau sebagainya. Semua soalan dan jawapan ini haruskan disimpan secara privasi.

5. Gambar peribadi

Sudah tentulah gambar-gambar privasi tidak wajar dimuat naik di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

Tetapi, menghantar gambar-gambar seumpamanya di dalam aplikasi mesej juga adalah tidak wajar. Gambar-gambar ini harus disimpan bersebab, jangan kongsikan di atas talian.

6. Maklumat kad kredit atau kewangan yang lain

Jika anda memuat naik gambar kad kredit contohnya, maklumat pada kad kredit itu (nombor) boleh digunakan oleh orang lain dan membuat pembelian.

Juga, hati-hati semasa membuat pembelian di atas talian, pastikan laman sesawang jualan itu bukanlah tiruan.

Terdapat ramai orang jahat yang mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat kredit kad di atas talian.

jadi sebaiknya,kekalkan privasi anda tidak kira dimana sahaja sebagai langkah keselamatan.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada guna.

Sumber: theasianparent Singapore.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...