June 4th, 2020

Akui tidak mengajar anaknya Ivanna Alashkar bertutur dalam Bahasa Melayu, pelakon Ramona Zamzam dedah perkara tersebut di laman Instagramnya.

ramona zamzam tak ajar anak cakap melayu

Menurut Ramona, beliau terpaksa menggunakan satu pilihan bahasa sahaja untuk berkomunikasi dengan anaknya iaitu bahasa yang sama digunakan bersama suami yakni Inggeris selepas mendapat saranan daripada doktor.

Tambah Ramona, keputusan untuk melentur anaknya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris terjadi apabila suaminya yang merupakan warga Palestin sering bercakap dalam Bahasa Arab dengan Ivanna. Memandangkan anaknya bersekolah di tadika Cina, secara tidak langsung cikgu-cikgunya bercakap dalam Bahasa Cina.

ramona zamzam tak ajar anak cakap melayu

“Saya bercakap dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di rumah, tapi doktor cakap nanti bimbang Ivanna keliru.”

Dalam pada itu, bagi mengelakkan kekeliruan berlaku, Ramona dan suami bersepakat untuk menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan mereka bersama.

Menerusi perkongsian di “IG Story” tersebut, dirinya yang bangga kerana sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu ketika di bangku sekolah itu, tetap yakin Ivanna mampu menguasai pertuturan dalam Bahasa Melayu kelak meskipun diajar bertutur dalam Bahasa Inggeris.

ramona zamzam tak ajar anak cakap melayu

“Cuma, saya percaya, kalau dah tinggal di Malaysia, 100 peratus yakin Ivanna akan pandai cakap Melayu.”

Untuk rekod, Ramona dan suaminya Ramu Alashkar telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 Mei 2015. Hasil perkongsian hidup itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pada 7 Disember 2017.


12 responses to “Elak Kekeliruan, Ramona Zamzam Tak Ajar Anak Bertutur Dalam Bahasa Melayu”

  1. Anonymous says:

    Anak omputeh tu boleh kuasai 7 bhs trmsuk bhs sndiri..ok je. Ni dok Malaysia tak diajr ckp melayu. Dh bsr bajet² lidah brpintal nk ckp Melayu..

  2. yannadeyyy says:

    manusia diciptakan dgn language acquisition device dlm medula oblongata seawal 4 bln dlm kandungan ibu. sbb tu baby boleh respond sekeliling die bile kite bercakap in mother tongue. doktor mane yg takut anak keliru tu?

  3. Anonymous says:

    Berapa bahasa pun tidak istilah keliru…kenapa pula Bahasa Melayu yang diabaikan. Cakap saja lah…so dia pun boleh tahu banyak bahasa.

  4. zam zam says:

    haha..yang ni kelakar

  5. Sun says:

    Anak kawan aku membesar di NZ, cakap Melayu fasih je. Malu pulak yg di Malaysia tak pandai cakap bahasa Melayu. Beria sangat nak bagi faham bahasa Cina dulu berbamding bahasa Melayu. Tiada jati diri.

    • Bell says:

      Setiap budak tu penerimaan dia berbeza. X boleh nk salahkan dia. Betul la tu dia x nk anak dia confused. Kadang2 budak ni bila kita campur2 sangat dia jdi confused smpai x dpt nk terima apa2 bahasa pun sbb sekejap cakap cina, sekejap cakap melayu, sekejap cakap arab and sekejap ckp english. Dia kena kuasai 4 bahasa kot. Otak dia cramp tawu x? So, kalau takat mcm kita ni ajaq anak malay and english okay je. Sbb 2bahasa je, so lebih mudah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...