Elak ‘Jam’ Sambut Hari Merdeka Di Dataran Putrajaya, Pengunjung Boleh Naik Bas ‘Shuttle’ Secara Percuma!

Travel

Elak ‘Jam’ Sambut Hari Merdeka Di Dataran Putrajaya, Pengunjung Boleh Naik Bas ‘Shuttle’ Secara Percuma!

Sedia maklum, esok merupakan hari yang dinantikan-nantikan oleh rakyat, di mana satu Malaysia akan bersatu padu turun ke Dataran Putrajaya bagi menonton sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67.

Bukan saja lautan manusia, bahkan kenderaan turut akan keluar pada masa yang sama dan secara tidak langsung akan berlakunya kesesakan lalu lintas.

Advertisement

Naik shuttle bus percuma

Bagi mengelakkan diri dari tersekat di kesesakan lalu lintas, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan shuttle bus percuma yang ditawarkan semasa Sambutan Hari Kebangsaan 2024, esok.

Menurut Merdeka360, terdapat tiga laluan yang bakal digunakan oleh perkhidmatan ini untuk penduduk Putrajaya iaitu Laluan MS01, Laluan MS02 dan Laluan MS03 yang bermula pada 30 Ogos, jam 6 petang.

shuttle bus percuma

Tiga laluan shuttle bus percuma Sambutan Hari Kemerdekaan ke-67

Untuk Laluan MS01, ia akan bermula pada jam 6 petang pada 30 Ogos 2024 sehingga jam 2 petang pada 31 Ogos 2024.

Orang ramai yang mahu menaiki shuttle bus ini boleh tunggu dan turun di dua perhentian Lobi MRT Terminal Putrajaya Sentral (TPS), Presint 7 dan Jalan Tun Razak Presint 2.

Bagi Laluan MS02 pula, ia akan bermula pada jam 4 pagi hingga 2 petang, 31 Ogos 2024, di mana penghunjung boleh tunggu bas dan turun di dua stesen perhentian iaitu Level Mezzaine, Lobi Utama Putrajaya International Convention Centre (PICC) Presint 5 dan Jalan P4X Presint 4.

Manakala yang terakhir, Laluan MS03 akan bermula pada jam 4 pagi hingga 2 petang, 31 Ogos 204. Pengunjung boleh menunggu bas dan turun dia dua perhentian juga iaitu Taman Botani dan Bulatan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS) Presint 1 dan i-Centre Dataran Putra, Presint 1.

KONSERT JIWA MERDEKA
3 months ago

Konsert Jiwa Merdeka 2024 Bawa Barisan Artis Hebat. Ada Spider, Ruffedge, Dolla, Bunkface & Ramai Lagi!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...