“Elak Jadi Artis Kalau Tak Tahan” – Netizen Simpati Kakak Iman Troye Dedah Sisi Gelap Jadi ‘Family’ Artis

Hiburan

“Elak Jadi Artis Kalau Tak Tahan” – Netizen Simpati Kakak Iman Troye Dedah Sisi Gelap Jadi ‘Family’ Artis

Baru-baru ini, kakak kepada penyanyi Iman Troye iaitu Ain Fatiha telah memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok mendedahkan sisi gelap menjadi salah seorang ahli keluarga selebriti.

Menerusi video tersebut, Ain meluahkan rasa sayu apabila melihat adiknya itu sering dikecam teruk namun kagum dengan sikap Iman yang disifatkan sebagai seorang yang berjiwa besar dan kuat.

Advertisement

Bila kena kecam teruk dulu, you cakap no worries, adik okay.

Menurutnya lagi, rezeki adiknya itu sentiasa murah kerana dia selalu mengutamakan keluarganya.

Kenapa rezeki you selalu murah sebab you letak family first.

Malah, Ain memaklumkan ramai yang bertanyakan kepadanya sama ada dia seronok menjadi salah seorang ahli keluarga selebriti.

Tak, tak best. Orang bebas bercakap tanpa tidur sebantal pun. 90% orang cakap dekat luar sana semua salah.

@ainalif_

Malam ni sayu sikit. Adik sayang kakak ni. Iman ni jiwa dia besar. Dia suka apa dia buat sekarang. Semoga sentiasa kuat yaaa acu @imantroye #fyp #imantroye #adikkakak

? kasih tercipta by faizal tahir – ?

Menjengah di ruangan komen, video berdurasi 11 saat itu telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya turut bersimpati dengan luahan kakak Iman.

Malah, ada juga segelintir netizen yang memberi kata-kata semangat buat penyanyi lagu Teman itu dan memberi nasihat agar berhenti menjadi selebriti sekiranya tidak tahan dengan kecaman.

Bukan itu sahaja, peminat turut merindui Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin yang dahulunya sering berkongsi kemas kini mengenai kehidupan sehariannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Minah Ni Tak Malu Ke?" - Leona Tayang Kostum 'Halloween', Netizen Kata Nampak Macam 'P*rn Star'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...