Tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh pertunangan mereka, Akim dan Stacy membuat keputusan untuk mempercerpatkan tarikh perkahwinan mereka pada bulan Februari tahun hadapan selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua belah pihak.
Akim memberitahu beliau akan mengadakan dua majlis sahaja iaitu majlis akad nikah di kediaman Stacy di Sabah, manakala majlis resepsi akan berlangsung di rumah keluarga Akim di Johor Bahru.
Kami percepat tarikh nikah iaitu pada Februari depan kerana saya tidak mahu bertunang lama-lama kerana kalau ikutkan perkenalan kami bukan baru, kami sudah enam tahun berkawan. Bagaimanapun, tarikh nikah saya akan umum bila kad jemputan siap untuk diedar tidak lama lagi.
Menurut Stacy pula , keputusan mereka  membuat persiapan untuk berkahwin dalam masa yang terdekat itu juga disebabkan mahu mengelak fitnah.
Saya setuju kerana kami sudah lama berkawan dan yang penting keluarga sudah setuju. Lagi pula saya rasa tidak manis bertunang lama-lama kerana kami sering keluar bersama, walaupun atas urusan kerja ia boleh menimbulkan fitnah.
Benda yang baik tidak salah untuk dipercepatkan apatah lagi jika pasangan itu ingin mengelak daripada fitnah bukan? Semoga segala persiapan hari bahagia Akim dan Stacy berjalan dengan lancar.