Ketika wabak pandemik menyerang dunia, pelbagai cara dan alternatif yang digunakan oleh masyarakat untuk melindungi diri dari terkena virus tersebut.
Begitulah yang terjadi kepada pemandu teksi sekitar Thailand menggunakan tangkal azimat sebagai pelindung daripada dijangkiti Covid-19.
Pemandu teksi yang dikenali sebagai Sopee Silpakit, 65 berkata dia menggunakan cara tersebut untuk melindungi diri memandangkan pekerjaannya terdedah dengan orang awam setiap hari. Tambahnya, dia percaya tangkal itu boleh melindungi serta mengekalkan kesihatannya.
“Saya berdoa pada tangkal ini setiap hari dan meminta supaya virus itu tidak mendekati saya”.
Umum tahu masyarakat Thailand majoritinya beragama Buddha mempunyai kepercayaan pelik bahawa keuntungan dan nasib baik boleh diperoleh daripada benda-benda yang diberkati.
“Saya tidak kisah berapa pun harga tangkal yang ada di dalam teksi ini”.
Menurut Silpakit yang mempunyai lebih daripada 100 objek diberkati dalam kenderaannya, dia menjadi lebih yakin teksinya bebas virus jika menyimpan tangkal tersebut.
Seorang lagi pemandu teksi yang dikenali Wasan Sukjit berkata koleksi tangkal termahal yang dimiliki berharga antara 10,000 baht hingga 20,000 baht (RM1,316 hingga RM2,632).