Elak Beli Stok Berlebihan, Utamakan Kepentingan Membeli Secara Sama Rata

Trending

Elak Beli Stok Berlebihan, Utamakan Kepentingan Membeli Secara Sama Rata

Kebelakangan ini, pasaraya dan kedai-kedai yang menjual barangan makanan keperluan kelihatan penuh dek barisan yang diatur panjang.

Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), beliau menganggar keperluan antara 100,000 hingga 150,000 tan beras dalam tempoh dua minggu pelaksanaan sekatan pergerakan penuh ataupu Lockdown akan dikeluarkan.

Advertisement

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronal Kiandee, berkata jumlah itu termasuk sekiranya berlaku pembelian panik oleh orang ramai.

Hal ini kerana, bekalan beras itu dapat ditampung berdasarkan kedudukan stok beras semasa sebanyak 764,000 tan pada masa ini yang berada di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit.

Untuk memastikan bekalan dan pengeluaran beras berterusan dan tidak terganggu,MAFI juga akan menggiatkan penanaman dan penuaian padi pada masa ini.

Difahamkan, penanaman sedang berjalan di beberapa negeri antaranya Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Bagi stok semasa bekalan ikan negara pula, Ronald menganggarkan keperluan 185,000 tan sebulan ketika sekatan pergerakan penuh berbanding keperluan semasa sebanyak 155,000 tan.

Sejumlah 89 Pasar Nelayan dan 33 Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Ikan (CCDC) masih beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh sekatan berkenaan.

Dalam pada itu, Ronald turut memaklumkan berdasarkan data bekalan komoditi, bekalan daging, ayam, telur dan susu turut mencukupi untuk keperluan negara.

Tambahnya, bagi menjamin akses orang ramai terhadap keperluan bekalan makanan, MAFI turut membuka 43 lokasi Pasar Segar Terkawal (PST) di seluruh negara.

Ronald menegaskan MAFI akan terus komited untuk membantu pemain industri dan juga golongan petani, penternak dan nelayan dalam memastikan sektor pertanian dan industri makanan tidak akan terjejas berikutan penutupan sektor ekonomi dan sosial.

Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat pembelian panik dan ‘stock-piling’ bahan makanan secara berlebihan yang boleh mengakibatkan keadaan di mana terdapat ketidaksamarataan dari segi akses bekalan makanan kepada orang ramai.

MAFI juga akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta kementerian yang lain.

Ini adalah bagi memastikan bekalan makanan negara terus berada dalam tahap yang stabil, mencukupi dan terkawal sepanjang masa.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...