Elak Beli Rumah Kediaman “Design” Moden, Rekabentuk Kecil Dan Merugikan Pembeli

Trending

Elak Beli Rumah Kediaman “Design” Moden, Rekabentuk Kecil Dan Merugikan Pembeli

Ramai pemaju ketika ini berlumba-lumba membina rumah kediaman yang kelihatan moden dan mewah. Tak dinafikan, pembeli juga tertarik dengan setiap design yang dihasilkan oleh pemaju.

Advertisement

Namun, sedar atau tidak bahawa sebenarnya walaupun design rumah kelihatan moden, sebenarnya merugikan pembeli itu sendiri.

Jom ikuti penjelasan lanjut dari Azizul Azli Ahmad, seorang pakar hartanah yang menerangkan dengan lebih terperinci.

MENGAPA BUMBUNG PENDEK?

1. Pemaju banyak buat rumah rekabentuk baru hari ini. Rekabentuk baru ini menjadi kegilaan pembeli.

2. Bila bumbung direkabentuk pendek begini sebenarnya ia tidak menjadi pelindung cuaca yang baik buat rumah kita.

3. Fungsi bumbung selain beri ‘rasa’ cantik, ia sebagai pelindung matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat.

4. Bila bumbung rumah pendek, cahaya matahari terus kedinding rumah. Dinding akan menjadi seperti ‘span’ cuci, semua haba panas akan diserap dan disimpan rapi.

5. Bila malam hari, dinding ini akan lepaskan haba yang disimpan siang tadi. Rumah yang kita duduk akan rasa macam dikukus dalam ‘steamboat’ nanti.

6. Kita akan pasang penghawa dingin sepanjang masa, walau hujan haba panas tetap ada. Kos bil elektrik setahun buat hati kita cepat terluka.

7. Bumbung pendek ini juga bila hujan lebat akan masukkan air kedalam bumbung atau siling rumah kita, lebih malang ada kala air masuk terus kedalam rumah. Lepas hujan boleh bela ikan dalam rumah.

8. Pemaju jana keuntungan dari ‘design modern’ ini, mereka jimat kos bahan binaan sebab kepingan genting sikit digunakan. Bukaan binaan rumah hanya 25′ x 40′.

9. Bagaimana kita tahu bahawa ‘design hebat’ ini gagal? Bila banyak rumah lepas itu buat bumbung tambahan dan pasang aircond sepanjang malam.

10. Elakkan beli kediaman modern, canggih dan berwawasan ini. Selain ia semakin kecil rekabentuk begini akan rugikan pembeli nanti.

11. Rekabentuk baik tidak semestinya cantik, ia berfungsi dengan baik.

Moga jelas dan makin faham.

Kredit : Azizul Azli Ahmad (PhD), Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur. UiTM Perak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...