“El Nino Bala Dari Allah” – Timbalan Mufti Kelantan

Trending

“El Nino Bala Dari Allah” – Timbalan Mufti Kelantan

timbalan-mufti-kelantanEl Nino adalah salah satu bala yang diturunkan Allah berikutan gejala sosial dan masalah masyarakat yang semakin meningkat sehingga mengundang kemurkaanNya.

Demikian kata Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad yang menasihati orang Islam supaya tidak melakukan perbuatan yang bercanggah dengan peraturan agama dan menghentikan segera amalan tersebut bagi membolehkan rahmat Allah turun.

Advertisement

“Ada pihak yang tidak mahu perundangan Islam dilaksanakan dan hanya memilih ayat-ayat al Quran yang sesuai dengan kehendak mereka sahaja sehingga menyebabkan Allah menurunkan bala.

“Kesan El Nino menyebabkan ada ikan yang diternak mati kerana kepanasan, rumput menjadi kering dan sekolah terpaksa ditutup.

“Ini bukan sekadar El Nino sahaja, sebaliknya bala yang datang dari Allah,” katanya pada khutbah solat Istiqa di padang hoki di sini pagi tadi, lapor portal FMT.

Dalam pada itu, Nik Abdul Kadir juga meminta orang yang melakukan dosa agar segera menghentikan perbuatan tersebut.

“Hentikan segera melakukan maksiat, bayar hutang bagi yang berhutang dan berdamai bagi mereka yang bermusuh,” katanya.

Tambahnya biarpun ada peraturan mengikut lunas agama ada, tetapi tidak ramai yang mengikutinya.

Dalam majlis itu juga, ribuan yang hadir juga terharu dengan mengalirkan air mata ketika mengaminkan doa khutbah itu.

Program tersebut bermula dengan munajat jam 4 pagi. Orang ramai memenuhi sebahagian padang tersebut yang terletak di hadapan Stadium Sultan Muhamad Ke 1V.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...