Eksperimen Sosial: Anda Pasti Tak Percaya Siapa Akhirnya Yang Membantu Kanak-kanak Ini

Trending

Eksperimen Sosial: Anda Pasti Tak Percaya Siapa Akhirnya Yang Membantu Kanak-kanak Ini

Seorang kanak-kanak yang berpakaian compang-camping dan kotor cuba menjual kepada anda kuih-kuih supaya anda boleh membantunya. Sanggupkah anda membantunya dengan membeli kuih itu? Hasil eksperimen sosial yang dibuat oleh Maxman TV menunjukkan, tidak ramai yang mahu membantu.

Screen Shot 2016-08-10 at 2.20.21 PMMelalui satu video yang dimuat naik oleh rangkaian televisyen online itu ke Facebook, orang ramai tidak mengendahkan kanak-kanak itu. Seorang lelaki bertanyakan kepadanya mengapa badannya kotor, namun tidak mahu membeli kuihnya.

Advertisement



Selepas beberapa jam berlegar di ibu kota, kanak-kanak tadi mendekati seorang lelaki berumur yang cacat penglihatan sedang duduk di tangga bersama isterinya. Tanpa berfikir panjang, lelaki itu membeli kesemua kuih yang dijual kanak-kanak itu supaya dia boleh membeli nasi untuk dimakan.
Screen Shot 2016-08-10 at 2.21.59 PM

Mengapa begitu? Mengucapkan simpati memang mudah tetapi tidak ramai yang sanggup membuktikan dengan perbuatan. Apa yang boleh ditelah di sini ialah, lelaki yang cacat penglihatan ini mungkin memahami kesusahan kanak-kanak ini, kerana dia sendiri menempun hari-hari dengan lebih sukar berbanding manusia normal. Maka dialah yang paling ingin membantu kanak-kanak ini yang berada dalam kesusahan.

Ia sesuatu yang boleh difikirkan oleh kita semua. Kerana kita mempunyai segalanya dan kita sukar mempunyai empati terhadap kesusahan orang lain, maka kita menutup mata kita dan meneruskan hidup kita.

Mungkin sudah tiba masannya untuk membuat perubahan.

Tonton video tersebut di bawah.


Sumber: Maxman TVditulis untuk amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...