Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(EKSLUSIF)Hanis Zalikha Bercerita Tentang Kamal Adli Dan Syamsul Yusof

Siapa sini tak kenal Hanis Zalikha? Abang Nara pasti hampir kesemua pembaca BeautifulNara mengenali Hanis yang sangat popular dengan penulisannya yang amat kelakar di dalam blog IniBelogSaya. Pada tahun 2010, pencarian “Hanis Zalikha” di dalam Google telah pun mengatasi Siti Nurhaliza. Selepas muncul di dalam drama Memberku Hawa, Hanis mengorak selangkah lagi apabila mendapat tawaran berlakon di samping Syamsul Yusof dan Kamal Adli di dalam filem Gangster Celop.

hanis zalikha

Advertisement

Dan ekslusif untuk pembaca BeautifulNara, Hanis Zalikha telah pun berkongsi pengalamannya bekerja dengan 2 jejaka hangat Malaya iaitu Kamal Adli dan Syamsul Yusof sepanjang penggambaran filem Gangster Celop. Serius banyak perkara menarik yang Abang Nara dapat tahu tentang personaliti kedua-dua jejaka ini selepas membaca tulisan Hanis ini.

hanis zalikha

***daripada sini dan ke bawah adalah tulisan Hanis Zalikha
What was it really like working with Syamsul Yusof and Kamal Adli? –Few tweets I received sepanjang pergambaran Gangster Celop. Hmmm I can’t answer your question with a tweet. I need a whole entry for that. So Syamsul and Kamal, be afraid… because here we go (wah calling them by their first names, buddiesss *pop collar*).

hanis zalikha

Kamal sangat pleasant dan polite… masa awal-awal, hahahaha! Dulu kalau jumpa mesti hi awak, awak sihat tak dan bersalaman. Pastu dah lama-lama, dua-dua pun dah jemu ngadap muka masing-masing, lalu itu semua tinggal kenangan. Kahkahkah.

Advertisement

Kamal, I can say that dia nih penceria set. Dia suka melawak (surprisingly he’s VERY funny), and suka kacau orang. Lagi-lagi kalau dia dah start mengantuk. Memang banyak gelagat, tak bosan kalau dia ada. Kalau korang pernah tengok dia berlakon teater, korang akan faham betapa livelynya dia nih. Too bad his personality tak translate well on screen.

Oh lagi satu, Kamal pemurah orangnya. Dia kalau bab makan, SUKA SANGAT BELANJA ORANG. Contohnya macam kitorang shoot dekat kedai makan, tiba-tiba dia terasa nak makan satay. Habis semua orang dia belanja. Perangai dia memang camtu. Bagusnya budak ni, bagus semoga murah rejeki :’)

Kalau pasal kerja, dia sangat versatile. I feel like Ahmad Idham can throw anything at him, and dia boleh deliver bermacam gaya. Bila on set, dan kami nak start berlakon, dia mula bagi ideas how to make the scene/shot better (not to Ahmad Idham, but to me and Syamsul). Macam-macam lah dari kepala otak dia sangat kreatif dan fresh. Tiba-tiba jer “Eh jom kita buat camni…camni..apa kata you camni I camni”. Dude, I’m waiting for you to become a director one day ya.

Dia mungkin tak seramai peminat macam Aaron Aziz, which I know exactly why… Dia tak photogenic. If you love him, you’ll love him even more when you meet him in person. Presence dia lagi kuat in real life (dia sangat charming). Kasihan si tak photogenic nih.

hanis zalikha

Syamsul kali pertama berada di tempat yang sama (depan Aswara untuk scene tracking taxi), kami tak berjumpa pun. Sebab dia terperap dalam kereta dia. Fuh, what a snob. Or so I thought. Rupanya bila bekerja dengan dia, dia buat you rasa selesa. If ada scene dengan dia, we’ll talk about it. If ada photoshoot, he’ll joke around to strengthen the chemistry. All in the name of work, he’s a pro like that. Some say he’s been trained since young (untuk focus kerja). A sharp and passionate man. Tapi over time, semakin lama dah makin selesa, he talks about the most random things. Topik yang tiba-tiba. Tak sangka Shark nih random ghopernyer.

hanis zalikha

Tapi unlike Kamal, Syamsul hanya jalankan tugas dia solely as pelakon. It could be that dia tak lontarkan as much ideas sebab what he says carry so much more weight (as compared to Kamal) seeing that dia pun director, Ahmad Idham pun director. Tak bestlah kalau dia pun nak direct bersama, amboi ekau lawan tauke.

Ramai juga yang tanya handsome tak dia betul-betul? Tinggi tak? Baik tak? Eh yang tanya nih nak jadikan calon ke apa, ehem excuse me dia dah berpunya uols hehehe. Let me put it this way, kehandsoman dia sebijik macam yang korang tengok dalam tv.

Kalau rasa handsome, handsomelah. What you see is what you get, wah gitueww. Sama saja dalam TV dan luar TV. Yang buat dia tampak gah dan sasa is his height. I pakai 4inches heels pun dia still lagi tinggi. Saya paham kenapa mokcik-mokcik suka dia sekarang, rasa safe to be around him. Macam sangat gagah.

Pastu rupanya dia sangat pandai menulis. Kalau dah cair dengan muka dia, tengok gaya penulisan dia, hmph dari cair terus tersejat korang. Blog dia adalah www.prodigiousburnsoul.blogspot.com/ .

hanis zalikha

Kalau nak tengok dua lelaki serious dan control macho buat komedi/lawak (sumpah takleh blah, I keep laughing like a hyena on set), dan seorang perempuan blur tersepit antara mereka (ehem), Gangster Celop is the movie to catch this December/January.

Advertisement

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

93 Comments

  1. cipan

    August 5, 2012 at 11:29 pm

    kebodohan dan kejahilan akan terpamer melalui perkataan dan percakapan – sekian dimaklumkan

  2. miya

    August 5, 2012 at 11:02 am

    Aku slalu jga jd silent reader blog dia…..first time baca mcam teruja sbb rsa dia nie perfect…i mean…full package…..but lama2…bila bca jer entry dia…mkin menyampah pon ada…..rsa mcam dia bangga diri plak…..suka menunjuk kekayaan…….especially mak dia……suka sngt tnjuk kekayaan tue…tp x ngaku diri kaya bagai…ntah la…rsanya dia nie x than lama dlam dunia hibran……..x nak la tngok filem nie……aku minat gak si Sy6amsul tue tp kalo si hanis nie yg berlakon…..bye2 la~

  3. Whatever

    August 5, 2012 at 3:10 am

    Eh korang ni mulut macam longkang. Longkang pun lagi elok. Ha kan mulut aku pun dah macam longkang. Korang duk kutuk dia tak pakai tudung, tu yang lain tu taknak kutuk pulak? Fasha Sandha etc etc taknak? Tah pape. Jealous cakap jealous tak dapat berlakon. Jealous cakap la muka tak lawa tak hensem. Bising macam ustaz. Ustaz pun tak bising macam korang. Suka hati dia la nak kejar glemer ke berlakon cite cheap ke. Ada kcau korang ke? & one more, solat tak solat pun nak kecoh. Mcm la korang tu solat penuh sangat. tah tah subuh pun liat bangun. Fikir dllu sebelum cakap. Hina dgn nasihat lain.

  4. malisa

    August 4, 2012 at 8:50 pm

    satu lagi pelakon seksa lahir….pas ni kat blog mak dia mesti bangga2 anak dia dok tambah saham dunia dgn saham “akhirat” utk parents..paling nyata mak dia akan puji berlebihan berbanding anak lain..

  5. saya bukan ustazah

    August 4, 2012 at 4:43 pm

    tak baik ah korang. komen relax2 r… cuba baca aimanazlan.com punya post pasal “JANGAN PANDANG RENDAH KEPADA WANITA TAK BERTUDUNG”
    http://www.aimanazlan.com/2012/07/jangan-pandang-rendah-kepada-yang-tidak.html

    walaupun kita selalu duk dengaq ayat ni – jangan duk mengata orang lebih – tapi kita duk wat jugak.

    Hang pa tak leh kata macam-macam. Kelak nanti anak-anak hangpa lagi dahsyat dari yang hangpa duk perkatakan. Boleh reflect balik kat diri kita ngan keluarga kita..

    Aku tak taw. BN pun patut stop update entri yang provokatif. Dunia hiburan mmg provokatif. Macam2 tak betul sebab hiburan ni dunia. Manusia memang suka hiburan dan cepat melatah baik si artis atau si pemerhati (kita lah termasuklah aku. Ampun dosa ku, Ya Allah)

    Cepat2 lah sedar diri ya semua. Manusia paling mulia dari malaikat kut. Tapi perbuatan kita macam tak mencerminkan yang itu. – saya bukan ustazah.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama