(EKSLUSIF)Fasha Sandha Bakal Timang Cahaya Mata 9 Februari 2013

Hiburan

(EKSLUSIF)Fasha Sandha Bakal Timang Cahaya Mata 9 Februari 2013

Malam semalam, secara ekslusif Fasha Sandha sendiri telah pun berkongsi perkembangan terbaru mengenai kehamilannya kepada Abang Nara. Semalam, Fasha ditemani suami tercinta telah pun menjalani ujian kehamilan yang kedua di Prince Court Medical Centre. Dan syukur Alhamdulillah, doktor yang ditemui Fasha iaitu Doktor Paul telah pun mengesahkan kehamilannya.

gambar fasha sandha terbaru

Advertisement

Doktor Paul telah pun cuba melakukan ujian pengimbas namun oleh kerana kehamilan masih terlalu awal, tidak ada apa-apa yang boleh dikesan. Menurut Doktor Paul, apabila masuk minggu ke 6 ke atas barulah bayi boleh nampak melalui teknik scanning. Pastinya Fasha dan Jejai tidak sabar-sabar untuk melihat bakal cahaya mata mereka.

gambar fasha sandha terbaru

Semalam juga Doktor Paul telah mengambil darah Fasha Sandha untuk melakukan ujian toxoplasma. Ini adalah kerana setiap hari Fasha Sandha terdedah kepada kucing. Untuk anda yang tidak, Fasha membela 8 ekor kucing di rumahnya dan setiap hari Fasha membelai dan memegang kucing-kucing tersebut. Namun semalam, Doktor Paul telah menasihatkan Fasha agar tidak lagi dekat dengan kucing peliharaannya kerana najis dan bulu kucing adalah tidak selamat untuk ibu mengandung.

gambar fasha sandha terbaru

Walaupun sedih, buat masa ini Fasha akan mengagihkan 8 ekor kucing peliharaannya kepada keluarga terdekat dan rakan-rakan rapatnya. Fasha melahirkan rasa kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan kucing-kucingnya yang sangat disayangi. Fasha turut rasa bimbang kerana takut kucing-kucingnya akan sedih apabila berada di rumah baru. Untuk makluman anda semua, Fasha Sandha sememangnya seorang yang sangat gemarkan kucing. Jadi kalau anda juga pencinta kucing, pastinya dapat memahami perasaan Fasha.

gambar fasha sandha terbaru

Berdasarkan pemeriksaan semalam, Doktor Paul telah pun menjangkakan due date kelahiran cahaya mata Fasha dan Jejai pada 9 Februari 2013. Bercakap kepada Abang Nara semalam, Fasha jelas sangat teruja kerana bakal anaknya akan berbintang Aquarius. Apa pun perlu diingatkan bahawa due date tersebut hanyalah jangkaan daripada doktor. Biasanya tarikh kelahiran akan awal atau pun lambat 2 minggu bergantung kepada ibu mengandung.

gambar fasha sandha terbaru

Marilah kita sama-sama doakan agar Fasha, Jejai dan bakal anak mereka berdua berada di dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Doakan juga agar bayi di dalam kandungan Fasha akan sentiasa selamat sehinggalah tarikh kelahiran. Semoga semuanya selamat selamanya. Amin ~~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...