(EKSKLUSIF) Pendedahan Sebenar Disebalik Video “Khayal” Aliff Aziz, Dikatakan Sedang Mabuk?

Hiburan

(EKSKLUSIF) Pendedahan Sebenar Disebalik Video “Khayal” Aliff Aziz, Dikatakan Sedang Mabuk?

Satu demi satu kontroversi melibatkan nama penyanyi Aliff Aziz, foto-fotonya bertatu dan video dia bertengkar di telefon menggunakan bahasa “ Lu Gua, Lu Gua” masih lagi hangat diperkatakan.

Advertisement

Apa sudah jadi dengan Aliff? Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh netizen, kenapa dia seakan-akan terus lemas dalam kegelapan?

Lebih memeranjatkan, tersebar juga foto dirinya tidak sedarkan diri terbaring di atas rumput di tepi jalan. Pelbagai spekulasi mula timbul termasuklah dakwaan mengatakan Aliff mengambil barang terlarang untuk menenangkan jiwanya yang dikatakan dalam kemurungan.

Tidak dinafikan, daripada raut wajahnya memang jelas dia sedang terseksa.  Terbaru, tersebar pula laporan polis mengenai apa yang berlaku kepada Aliff.

Wanita yang turut dilihat dalam video bersama Aliff tampil menjelaskan perkara sebenar. Dia menafikan dakwaan dirinya adalah skandal terbaru penyanyi itu.

Katanya, ketika Aliff terbaring di atas rumput, penyanyi itu sedang mabuk, beberapa orang yang lalu di kawasan berkenaan mula mengambil gambarnya dalam keadaan sebegitu.

Malah, seorang lelaki seakan ingin memburukkan lagi imej Aliff dan merakam aksi penyanyi itu yang sedang mabuk. Lelaki tersebut turut mempermainkan Aliff agar dia terus melakukan pelbagai aksi ketika tidak sedar dan kemudiannya menyebarkan video tersebut di media sosial.

Daripada pendedahan ini, mungkin juga Aliff dianiaya oleh sesetengah pihak yang mengambil kesempatan meraih publisiti murahan memburukkan namanya. Seperti yang Bella Astillah juga katakan, Aliff kini sedang kemurungan, agak kasihan juga melihat dia sebegitu. Mungkin sudah tiba masanya untuk ahli keluarga dan rakan-rakan karib membantunya agar tidak keadaan tidak menjadi lebih buruk. Perlu bimbing Aliff ke arah kebaikan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...