Satu demi satu kontroversi melibatkan nama penyanyi Aliff Aziz, foto-fotonya bertatu dan video dia bertengkar di telefon menggunakan bahasa “ Lu Gua, Lu Gua” masih lagi hangat diperkatakan.
Apa sudah jadi dengan Aliff? Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh netizen, kenapa dia seakan-akan terus lemas dalam kegelapan?
Tidak dinafikan, daripada raut wajahnya memang jelas dia sedang terseksa. Terbaru, tersebar pula laporan polis mengenai apa yang berlaku kepada Aliff.
Wanita yang turut dilihat dalam video bersama Aliff tampil menjelaskan perkara sebenar. Dia menafikan dakwaan dirinya adalah skandal terbaru penyanyi itu.
Katanya, ketika Aliff terbaring di atas rumput, penyanyi itu sedang mabuk, beberapa orang yang lalu di kawasan berkenaan mula mengambil gambarnya dalam keadaan sebegitu.
Malah, seorang lelaki seakan ingin memburukkan lagi imej Aliff dan merakam aksi penyanyi itu yang sedang mabuk. Lelaki tersebut turut mempermainkan Aliff agar dia terus melakukan pelbagai aksi ketika tidak sedar dan kemudiannya menyebarkan video tersebut di media sosial.