November 18th, 2018

Selepas bermain teka-teki mengenai perhubungan mereka, pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz mengejutkan ramai dengan berita gembira  mereka sudah mengikat tali pertunangan hari ini selepas setahun bercinta.

Dilamar pada 21 Jun yang lalu, Fasha mengambil masa beberapa bulan untuk berfikir sebelum menerima lamaran tersebut.

Pak Ngah (panggilan manja) telah melamar saya pada 21 Jun lalu dan saya mengambil masa beberapa bulan untuk memikirkan tentang perkara ini. Saya sebenarnya khuatir dan dilema untuk menerima pada mulanya. Namun saya lihat kualiti yang ada pada Aidil. Saya tertarik kerana Aidil meletak usaha dan inisiatif untuk mendekati anak-anak saya dengan meluangkan masa, dan bijak mengambil hati mereka berdua. Malah Aidil juga pandai menghormati kedua ibu bapa dan keluarga saya.

Buat Aidil pula, tempoh perkenalan dan mengenali hati budi masing-masing selama setahun sudah cukup membuatkan hatinya yakin untuk ke fasa yang lebih serius dengan Fasha.  Mungkin ada sesetengah pihak mempertikaikan hubungan mereka, tetapi Aidil tidak peduli dengan percakapan orang. Kata Aidil, semuanya sudah diaturkan oleh ketentuan takdir dan jodoh.

Bohong kalau saya katakan tiada yang persoal atau memandang pelik kerana siapa saya yang masih bertatih membina nama untuk memiliki hati Fasha yang cukup besar profilnya sebagai pelakon di Malaysia. Namun saya percaya soal jodoh ini bukan kerja kita dan jauh sekali untuk kita persoalkan. Sudah tertulis jodoh saya dengannya dan saya menerima baik ketentuan itu. Justeru persepsi negatif atau apa saja pandangan orang lain tak perlu saya fikirkan.

Dalam majlis pertunangan tersebut yang diadakan secara sederhana di kediaman Fasha, pihak Aidil menghantar tiga dulang hantaran dan berbalas lima dulang dari pihak Fasha. Antara barangan yang dijadikan hantaran termasuklah sebentuk cincin pertunangan, manisan, set kelengkapan, wangian dan pakaian.

Sekali lagi tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua. Jom kita lihat beberapa foto eksklusif sekitar majlis pertunangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Foto : kaki5photo


30 responses to “(EKSKLUSIF) Foto Sekitar Majlis Pertunangan Fasha Sandha Dan Aidil Aziz”

  1. M says:

    orang tak persoal pasal dia masih bertatih dalam industri ke pelakon kurang femes ke. tapi orang persoal pasal dia masih terlibat dengan benda lama ke tak. harap2 dah tinggalkan sepenuhnya. jangan hilangkan seri dekat muka fasha dan anak anak.

  2. lela manja says:

    @ratu jamu..tak semua bapak tiri tu jahat..ada bapak tiri yg lagi baik dan bertanggung jawab terhadap anak tiri dorang dari bapak kandung..ada bapak kandung lagi perangai mcm setan/iblis..rogol anak sendiri..

  3. nerofbb says:

    bkn fans fasha. tp dia sgt cantik dgn baju tu. berseri plk nampak. semoga berbahagia

Loading...