February 3rd, 2015

Pasangan yang pernah mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia  iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sering menjadi tumpuan ramai apabila rahsi mereka terbongkar  sekitar tahun 2013. Pasangan ini akhirnya telah membuat pengakuan mereka sudah bernikah pada Februari 2012.

Dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ahmad Fakhruddin Attar, pasangan ini tidak berpeluang untuk mengadakan majlis bersanding sehinggalah ditawarkan oleh pihak Malaysian International Wedding Festival apabila Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menjadi duta mereka.

Berita yang mengatakan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bakal bersanding selepas hampir tiga tahun bernikah mendapat reaksi positif ramai yang tidak pernah lagi melihat pasangan ini bersanding di atas pelamin apatah lagi mengenakan busana indah pengantin.

Pada hari Sabtu yang lalu, sebuah majlis persandingan yang cukup meriah telah diadakan buat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK) bersempena dengan festival tersebut.
 Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Tampak segak dan manis dalam busana pengantin, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal masih ada serinya. Akhirnya dapat juga kita melihat pasangan ini diraikan meskipun sudah lama mendirikan rumah tangga. Semoga berkekalan sehingga akhir hayat hendaknya.

Sumber Berita: Rotikaya.com


Comments are closed.

Loading...