Baru sahaja reda dengan isu beliau sudah berkahwin dengan seorang ustaz, nama Abby Abadi kembali hangat dan menarik perhatian orang ramai apabila mendedahkan beliau dan Norman Hakim dahulu berkahwin bukan atas dasar cinta.
Abby secara terang-terangan mengimbau kembali cerita lama menerusi akaun Instagram miliknya. Berikut adalah kapsyen beliau:-
Kita orang kahwin bukan sebab cinta sebenarnya. Sebab apa? Jeng! Jeng! Jeng! Taktahu la En Norman Hakim nk akui ke tak perkara ni tapi itulah dia yg sebenarnya.
Panjang umur murah rezeki, dapat persetujuan En Norman. Saya cerita nanti. Siap dengan gambar sekali sebagai bukti.
Ada pihak yang mempersoalkan kenapa Abby harus membongkar kembali cerita lama dan menasihati beliau agar perkara tersebut biarlah jadi memori peribadi buat beliau dan Norman.
Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri, usah di ungkit lagi kisah lama yang mungkin boleh mengguris hati mana-mana pihak.