Ekonomi Susut Di Malaysia, 19,000 Pekerja Thailand ‘Angkat Kaki’ Ke Negara Asal

Trending

Ekonomi Susut Di Malaysia, 19,000 Pekerja Thailand ‘Angkat Kaki’ Ke Negara Asal

Perintah Kawalan Pergerakan ini jelasnya menjejaskan banyak pihak dari semua golongan. Terbaru, dianggarkan 19,000 pekerja Thailand yang bekerja di Malaysia telah pulang ke negara asal akibat impak ekonomi berikutan penularan Covid-19 di Malaysia.

Lapor Bangkok Post, masih terdapat 30,000 warga Thailand yang memilih untuk terus kekal di Malaysia. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Konsul Jeneral Thailand ke Kota Bharu, Mongkol Sinsomboon.

Menurut beliau, angka terbaharu menunjukkan 38,487 pekerja Thailand bekerja secara sah di Malaysia dengan 30,000 yang lain bekerja secara haram di negara jiran itu.

Advertisement

Lebih buruk, dua kumpulan pekerja asing Thailand dilaporkan menghantar pulang jumlah wang sekitar 400 juta bhat (RM53 juta) sebulan bagi perbelanjaan keluarga di kampung.

Ini berikutan gelombang baharu Covid-19 yang melanda dunia awal tahun ini termasuk di Malaysia, mendorong kerajaan Malaysia untuk mengisytiharkan perintah darurat dan menjadikan ramai pekerja Thailand hilang pekerjaan.

Sebelum wabak Covid-19 melanda tahun lalu, dasar Malaysia yang tertakluk di bawah akta buruh asing dilihat sangat menarik buat pekerja Thailand.

Menerusi akta itu, kerajaan Malaysia mula mewajibkan majikan untuk mengambil perlindungan keselamatan sosial untuk pekerja asing.

Pun begitu, katanya bermula pada 1 Januari tahun lalu, Malaysia menaikkan gaji minimum kepada 8,995 baht (RM1,200) sebulan berbanding 1,100 ringgit sebulan sebelumnya, di 57 bandar di negara itu.

Gaji minimum baharu tersebut dikenakan untuk semua jenis pekerjaan kecuali pembantu rumah.

Bagaimanapun, penularan Covid-19 memaksa kerajaan Malaysia melaksanakan perintah berkurung dan menjadikan negara itu bergelut mengatasi masalah hutang awam yang mengakibatkan kejatuhan nilai ringgit.

Kesan penguat kuasaan perintah berkurung ini membuatkan ramai pekerja Thailand memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak kerja mereka sementara ada juga yang meminta untuk menamatkan kontrak kerja sebelum ia benar-benar tamat.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...