Data rasmi di China melaporkan pertumbuhan eksport dari China meningkat ke tahap tertinggi dan import juga menaik secara mendadak sejak pandemik Covid-19 yang menghentikan hampir semua aktiviti.
Selain itu, elektronik dan tekstil seperti topeng muka adalah salah satu penyumbang utama peningkatan eksport negara itu yang terkenal dengan pelbagai produk.
Data melaporkan eksport melonjak 60.6 peratus dalam tempoh Januari-Februari di mana ia melebihi jangkaan penganalisis dan didorong oleh penghantaran elektronik dan topeng muka manakala import pula meningkat 22.2 peratus.
Wabak Coronavirus yang menyerang dunia membataskan pergerakan dan terpaksa bekerja dari rumah menyebabkan operasi perniagaan dilihat kurang mendapat sambutan.
Pihak berkuasa China telah menggabungkan data perdagangan negara mereka dari bulan Januari dan Februari tahun lalu dalam usaha memerangi wabak coronavirus.
Data rasmi hari ini menunjukkan eksport elektronik meningkat 54.1 peratus sementara tekstil khususnya topeng muka meningkat 50.2 peratus.
China mendapati data perdagangan mereka masih kukuh walaupun di luar musim.