Ekonomi Negara Akan Lemah Jika PKP Dilanjutkan, Ini Ulasan Pakar

Trending

Ekonomi Negara Akan Lemah Jika PKP Dilanjutkan, Ini Ulasan Pakar

Kini sudah tinggal beberapa hari sahaja lagi tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua di negara kita akan berakhir berikutan masalah COVID-19 yang sedang menimpa negara.

Namun ketika ini, negara kita masih memerlukan sedikit sahaja lagi tempoh masa kuarantin memandangkan masalah penularan kes COVID-19 yang masih belum selesai.

Advertisement

Oleh hal yang demikian, ramai individu sudah mula menyuarakan pendapat mereka bahawa tempoh PKP perlu dilanjutkan lagi ekoran peningkatan kes positif yang masih berlarutan.

Baca: (TERKINI) Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Akan Dilanjutkan Lagi

Namun menurut penganalisis ekonomi iaitu Professor Barjoyai Bardai, jika PKP diteruskan maka ianya akan memberi impak negatif kepada ekonomi negara.

Hampir semua sektor dalam negara telah terjejas, sektor perusahaan kecil juga kini hampir lumpuh akibat krisis Covid-19.

Gambar Hiasan

Ketika ini, hanya sektor (perusahaan) sederhana kecil (PKS), perniagaan sederhana sahaja yang tinggal, dan perniagaan kecil juga sudah hampir lumpuh, mereka akan menjadi semakin lemah jika tempoh PKP dilanjutkan.

Menurutnya, jika tempoh PKP akan di tambah dua minggu atau satu bulan lagi, keadaan penularan di negara kita tidak akan banyak berubah, dan keadaan ekonomi akan menjadi semakin teruk. Cuma usaha untuk memulihkannya nanti akan menjadi semakin sukar.

Beliau juga berpendapat bahawa, mengamalkan penjarakan sosial adalah jalan penyelesaian tentang perkara ini. 

Pada tempoh ini semua orang perlu belajar mengamalkan penjarakan sosial dengan jarak 1 meter apabila keluar rumah, dengan cara ini masyarakat akan terbiasa dan belajar untuk menjadi lebih berdikari dalam memikirkan cara meneruskan kelangsungan hidup secara atas talian.

Selain itu, kumpulan doktor juga telah tampil menggesa kerajaan untuk menyambung tempoh PKP di negara kita memandangkan perayaan Hari Raya Aidilfitri akan disambut tidak lama lagi, sekaligus mengagalkan penjarakan sosial.

Balik kampung beramai-ramai akan memburukkan lagi penyebaran wabak COVID-19.

Menurut mereka, penarikan balik PKP atau penguatkuasaan yang terlalu longgar akan menyebabkan segala kebaikan yang telah dicapai daripada duduk di rumah selama empat minggu ini, akan menjadi sia-sia.

KKM dijangka akan menyediakan data pada 10 April kepada kerajaan untuk kerajaan menentukan status sama ada PKP akan dilanjutkan atau pun tidak.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...