Ekonomi Kian Lembap, Pekerja Malaysia Di Singapura Mula Pulang

Trending

Ekonomi Kian Lembap, Pekerja Malaysia Di Singapura Mula Pulang

Ramai rakyat Malaysia telah diberhentikan kerja di Singapura dan kembali mencari pekerjaan di tanah air, ekoran kelembapan ekonomi dan dasar pekerja asing ketat dilaksanakan negara itu.

Advertisement

Antara sektor paling terjejas ialah minyak dan gas asli.

Nanyang Siang Pau memetik Shin Min Daily News sebagai melaporkan, kelembapan ekonomi di Singapura memerlukan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun untuk pulih.

Pengarah Perkhidmatan Korporat, Modal Insan (Singapura), David Ang yang dipetik Shin Min Daily News berkata, kelembapan ekonomi bukan sahaja berlaku di Singapura, sebaliknya sektor minyak dan gas asli di seluruh dunia turut terjejas.

Beliau berkata, ekonomi Malaysia berkembang 5% tahun lalu, tetapi Singapura sekadar 2%, jadi peluang pekerjaan di republik terbabit juga berkurangan.

Berdasarkan keadaan itu, katanya, adalah normal untuk rakyat Malaysia yang diberhentikan kerja di negara berkenaan kembali ke tanah air untuk mencari nafkah.

“Jika pekerja yang diberhentikan itu pulang ke Malaysia, mereka akan dapat mencari pekerjaan baharu dalam sektor sama dengan cepat,” katanya sambil menambah berdasarkan pengalamannya, kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura mempunyai permit kerja.

“Jika tidak sempat mencari kerja baharu dalam jangka pendek, permit kerja akan dibatalkan dan mereka perlu pulang ke Malaysia.

“Jika mereka memilih untuk terus berada di Singapura, mereka mungkin perlu mencari kerja baharu dalam bidang lain.”

Seorang ketua agensi pekerjaan di Malaysia dilaporkan berkata, ada di kalangan profesional Malaysia yang berpendapatan S$5,000 hingga S$8,000 meletak jawatan di Singapura untuk pulang ke tanah air.

Ang bagaimanapun berkata, berdasarkan pemerhatiannya, tidak ramai rakyat Malaysia yang bergaji tinggi di republik itu akan berbuat demikian, kecuali mereka mempunyai alasan tertentu.

“Gaji di Singapura lebih tinggi, tidak ramai rakyat Malaysia akan meletak jawatan secara sukarela.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...