Ejen Insurans Usia 53 Tahun Ditahan Reman, Ugut & Sebar Gambar Bogel Madunya Sendiri

Kehidupan

Ejen Insurans Usia 53 Tahun Ditahan Reman, Ugut & Sebar Gambar Bogel Madunya Sendiri

Seorang wanita ditahan reman selama dua hari oleh Mahkamah Majistret Melaka semalam kerana disyaki telah mengugut dan menyebarkan gambar bogel madunya sendiri yang merupakan seorang guru pada Mac lalu.

Menurut laporan, suspek berusia 53 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.15 malam pada Ahad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh sepasukan polis.

Advertisement

ejen insurans ditahan sebar gambar bogel madu

Kata sumber, wanita itu yang bekerja sebagai ejen insurans sebelum ini diklasifikasikan sebagai individu dikehendaki untuk siasatan susulan laporan dibuat oleh madunya.

Guru terbabit membuat laporan polis terhadap suspek apabila bapanya di Klebang memaklumkan menerima sepucuk surat berserta gambar bogel anak perempuannya itu dan menantunya.

Kerana bimbang aibnya akan tersebar selain suspek juga sering mengganggu keluarganya, guru berusia 47 tahun itu tampil membuat laporan polis pada 27 Mac.

Terdahulu, perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret, Nurul Asyikin Rosli selepas permohonan dibuat oleh pegawai penyiasat untuk melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 507 dan 509 Kanun Keseksaan.

guard hospital kajang ditahan polis paw pengunjung
2 weeks ago

Didakwa 'Paw' Pengunjung RM50 Di Parkir Hospital, 'Mak Guard' Ini Sudah Ditahan Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...