Ejen Hartanah Dedah Ibu Aktres Calit Najis Kucing Di Rumah Sewa Kerana Disuruh Keluar

Kehidupan

Ejen Hartanah Dedah Ibu Aktres Calit Najis Kucing Di Rumah Sewa Kerana Disuruh Keluar

Baru-baru ini, seorang ejen hartanah mendakwa sikap ibu seorang pelakon wanita yang tidak bertanggungjawab ketika menyewa di sebuah unit rumah yang diuruskannya.

Hal itu dibongkarkan di Twitter ketika seorang tuan tanah meluahkan rasa kesal dengan sikap penyewa rumah yang kadang kala banyak menimbulkan masalah.

Advertisement

Ciapan itu dibalas oleh ejen tersebut dengan berkongsi cerita tentang ibu kepada seorang aktres bertindak mencalit najis kucing di seluruh rumah sewa kerana disuruh keluar.

Dalam pada itu, ejen itu turut memberi gambaran bahawa aktres itu telah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berkulit putih.

Perkongsian berikut telah mengundang tanda tanya di mana rata-rata warganet meminta ejen itu memberitahu identiti sebenar pelakon berikut.

Namun, ada juga yang turut memberi cadangan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Boleh buat court order, minta penyewa keluar rumah. There is nothing penyewa boleh buat kalau ada court order, polis pun boleh datang halaukan mereka. If ada hutang, tuntut jugak dalam court, if dia takda duit, court akan jual harta benda dia untuk cover.” – Netizen

Setakat ini, ciapan itu telah mendapat lebih 200 tanda suka dan 59 ulang ciap walaupun identiti sebenar pelakon berkenaan masih dirahsiakan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

aedy ashraf night club
2 years ago

Pelakon Lelaki Kantoi ‘Berasmara’ Di Kelab Malam, Netizen Petik Nama Aedy Ashraf?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...