Seperti yang diketahui ramai, penceramah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed sebelum ini ada menyuarakan bahawa dia mempunyai hasrat untuk halang konsert penyanyi Hollywood, Billie Eilish di langsungkan baru-baru ini di Stadium Bukit Jalil.
Menurutnya, anjuran konsert seperti itu langsung tidak memberi manfaat kepada negara, agama serta bangsa.
View this post on Instagram
Terbaharu pula, PU Syed ada membuat hantaran di Instagram meminta agar pihak kerajaan halang penyanyi kumpulan dari Korea iaitu BlackPink hadir ke Malaysia untuk mengadakan konsert pada tahun hadapan.
Ejen-ejan Dajjal semakin rancak menyelinap masuk dalam negara Islam.
Risau tentang keselamatan dan akhlak umat Islam, PU Syed berpendapat gerakan untuk halang kumpulan ini hadir ke Malaysia perlu dilakukan dari sekarang.
Di akhir kata hantarannya itu, pendakwah berkenaan menegaskan jika orang kafir ingin berhibur, mereka harus pergi ke Korea ataupun negara lain kecuali Malaysia.